Pada Khamis lepas- 11 Mei 2017, program senamrobik bersama Milo telah dijalankan di SK Sambir untuk kali yang kedua pada tahun ini. Tapi untuk kali ini, Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dari Kampung Sambir dan Kampung Sebandi Matang telah terlibat bersama seluruh warga SK Sambir dalam memeriahkan program tersebut. Program tersebut antara usaha berterusan pihak sekolah bersama agensi luar dalam meningkatkan tahap kesihatan dan gaya hidup sihat di kalangan pelajar serta warga sekolah.
Tentatif program
10:00 pagi: Rehat
10:20 pagi: Pelajar, warga sekolah dan ahli Kospen berkumpul
10:30 pagi: Senamrobik bermula
11:00 pagi: Sesi minum Milo
Instruktor senamrobik: ahli Kospen Kampung Sambir
Pembantu instruktor: ahli Kospen Kampung Sebandi Matang
Galeri Program Senamrobik Bersama Milo II
@SKSambir2017
No comments:
Post a Comment