Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 15 May 2017

Pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC 2017

Pada 11 Mei 2017 (Khamis), SK Sambir telah menyertai Pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC 2017 yang berlangsung di Dewan Jubli, Samarahan. Pertandingan anjuran Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC)/PUSAKA ini mensasarkan murid-murid bumiputera di daerah Kuching dan Samarahan, membabitkan seramai 220 orang murid dan 45 buah sekolah rendah dan menengah.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Perhubungan Korporat STIDC/PUSAKA, Puan Sharifah Norolah Wan Ahmad yang mewakili Pengurus Besar STIDC/PUSAKA. Pertandingan matematik kali-3 ini berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu keupayaan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 

SK Sambir telah menghantar tiga orang murid dan seorang guru pengiring untuk pertandingan tersebut iaitu:
  1. Rabi'atul Adawiyah Binti Mohtar
  2. Ainul Zara Binti Abdul Aziz
  3. Muhammad Daniest Asyraf Bin Mohd. Fadzlee
Guru pengiring: Arifin Bin Hassan

Menerusi pertandingan ini, kumpulan dari SK Sambir tidak memenangi pertandingan tetapi mereka telah meraih pengalaman yang baik untuk pembelajaran mereka. Juga tahniah diucapkan kepada SK Jemukan yang mewakili Samarahan kerana mendapat tempat ke-3 keseluruhan pasukan kuiz dan johan individu kuiz matematik- adik Muhd. Husaini Bin Hussain.

Galeri Pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC 2017




@SKSambir2017

No comments:

Post a Comment