Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 17 February 2017

Takziah: Mantan Guru Besar SK Sambir

Dengan rasa dukacitanya dimaklumkan bahawa mantan Guru Besar SK Sambir, En. Abdul Wahab Bin Hassan telah kembali ke rahmatullah pada penghujung bulan Januari 2017. Beliau, Allahyarham Abdul Wahab Bin Hassan merupakan guru besar pertama yang berkhidmat pada awal pembukaan SK Sambir iaitu pada tahun 1969 dan selepas itu digantikan dengan guru besar kedua, En. Mohamad Kudus.

Kami, warga SK Sambir mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham En. Abdul Wahab Bin Hassan dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Jauh-jauh pulau di sana
Mendayung jauh sampai ke pagi
Walaupun sudah jauh di mata
Namun di hati takkan sekali-kali

Duduk tenang di tebing kali
Daun gugur di dalam raga
Budimu tuan kekal di hati
Semoga sejahtera di alam sana

Al-Fatihah


@sksambir2017

2 comments:

  1. Takziah kepada keluarga Arwah GB Cikgu Wahab. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Saya merupakan bekas anak murid beliau iaitu tahun 1969 - Darjah satu.Cikgu Wahab digantikan oleh GB Cikgu Abdul Kudus pada tahun 1972

    ReplyDelete
  2. Kepada En.Tan, sekiranya En.Tan mempunyai info atau gambar lama di SK Sambir, diharap En.Tan sudi berkongsi dengan kami. Atau En.Tan boleh menghubungi guru besar SK Sambir, En.Issnu Bin Dollah (013-8140819). Beliau berminat untuk mengetahui info lanjut mengenai SK Sambir. Terima kasih.

    ReplyDelete