Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 6 February 2017

Program Jom Ke Sekolah 2017

Pada hari Isnin, 06 Februari 2017, program Jom Ke Sekolah 2017 telah dijalankan di SK Sambir. Ia dijalankan serentak di sekolah Zon B di seluruh negara iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar datang ke sekolah sekaligus membentuk sahsiah pelajar dan memantau permasalahan di sekolah seperti buli, ponteng dan sebagainya. 

Program ini telah dirasmikan oleh pegawai perhubungan PDRM SK Sambir iaitu KPL/D 129416 Rohah Binti Haji Kulai, Cawangan Khas PDRM. Majlis bermula seawal 7:30 pagi, dihadiri oleh wakil exco PIBG iaitu En. Elius Masharip, semua murid, guru, anggota kumpulan pelaksana dan ibu bapa.

Galeri Program Jom Ke Sekolah









@sksambir2017

No comments:

Post a Comment