Pada tahun ini, SK Sambir telah menerima kunjungan dari Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan bagi pemantauan program pendidikan. Ia merupakan usaha dalam memantapkan penguasaan pembelajaran bagi murid-murid dan pemantapan ilmu guru-guru LINUS
Kunjungan pertama dari pegawai FasiLINUS menerusi lawatan Program Transisi Tahun 1 dan Program Linus 2.0 pada 16 Januari 2017. Kedatangan mereka telah disambut oleh Cikgu Hamali Bin Lazem, PK Pentadbiran SK Sambir (kini- PK Pentadbiran SK Hj. Kelali Semera). Antara pegawai yang melakukan pemantauan ialah:
- Sulainan Bin Sili
- Awang Mohamard @ Mohd Bin Awg Ni
- Jacqueline Kon Li Ching
Untuk kunjungan kedua dari pegawai FasiLINUS pada 13 Februari 2017, ia merupakan lawatan dan bimbingan berfokus Program LINUS 2.0. Kedatangan mereka telah disambut oleh Cikgu Issnu Bin Dollah, Guru Besar SK Sambir. Antara pegawai yang terlibat:
- Ya'ana @Yakna Binti Haji Drahman (BM)
- Cynthia Tella (BI)
- Rhamina Austine Tinggie (BI)
- Mahmat Bin Salim (Matematik).
Pada tahun ini juga, SK Sambir menerima kunjungan dari pegawai SIP PLUS (En. Shibini Bin Saini) pada 06 Februari 2017 dan ia merupakan aktiviti pra bimbingan untuk guru besar. Dalam masa yang sama, mereka membincangkan perkara-perkara seperti pembangunan sekolah dan juga transformasi pendidikan.
@sksambir2017
No comments:
Post a Comment