Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 20 February 2017

Sesi Pemilihan Atlet Balapan & Padang Daerah Samarahan

Pada Selasa lepas, 14 Februari 2017, SK Sambir telah menyertai sesi pemilihan atlet balapan dan padang Daerah Samarahan yang berlangsung di stadium Samarahan. Beberapa orang murid dari Tahun 4 dan Tahun 5 telah dipilih untuk mengikuti sesi tersebut dan  diiringi oleh dua orang guru pengiring iaitu En. Mohamad Ali Yusup (PKKK SK Sambir) dan Pn. Noor Najihah Mohd. Najib. Dalam masa yang sama, En. Mohamad Ali Yusup juga dilantik sebagai penyelia peserta.

Sesi pemilihan tersebut memperlihatkan kebolehan, minat dan tahap potensi murid-murid dalam bidang sukan. Ia juga membantu mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid-murid ketika bersukan dari aspek stamina, latihan dan juga daya saing.

Galeri Sesi Pemilihan Atlet Daerah Samarahan








@sksambir2017

No comments:

Post a Comment