Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday, 3 February 2017

Sesi Randau Bersama Ibu Bapa SK Sambir 2017

Pada hari Jumaat, 03 Februari 2017, sesi randau bersama ibu bapa Tahun 6 SK Sambir telah diadakan di makmal komputer sekolah. Sesi bermula pada pukul 8:30 pagi dan ia bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid. Ketika sesi itu berlangsung, beberapa perkara telah dibincangkan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Issnu Bin Dollah iaitu:

  • Prestasi akademik pelajar Tahun 5 pada tahun lepas
  • Peningkatan kurikulum pada UPSR tahun lepas
  • Kerjasama antara ibu bapa dalam memantapkan prestasi murid Tahun 6 pada tahun ini.
  • Membincangkan permohonan bajet dalam membangunkan beberapa projek sekolah.
  • Membincangkan beberapa program yang dirasakan sesuai untuk sekolah, murid-murid dan PIBG.
  • Membantu murid dan sekolah dalam meningkatkan kemajuan UPSR tahun ini.
  • Menerangkan program P.I.N.T.A.S yang diperkenalkan oleh En. Hamali Bin Lazem, Penolong Kanan Pentadbiran.
Dalam sesi itu juga, Guru Besar menyampaikan berita perpindahan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Hamali Bin Lazem dan digantikan dengan En. Samsudin Bin Uas dari SK Haji Kelali, Semera.


Galeri Sesi Randau Bersama Ibu Bapa SK Sambir 2017






@sksambir2017

No comments:

Post a Comment