Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 13 February 2017

P.I.N.T.A.S 2017

P.I.N.T.A.S 2017 merupakan satu program baru yang diusahakan oleh SK Sambir dalam memantapkan akademik murid-murid dan meningkatkan pencapaian sekolah melalui prestasi UPSR. Menerusi P.I.N.T.A.S, beberapa aktiviti kurikulum telah dirancang dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. P.I.N.T.AS merupakan idea bekas Penolong Kanan Pentadbiran, En. Hamali Bin Lazem sebelum beliau berpindah. Rekacipta logo juga hasil cetusan idea En.Hamali Bin Lazem.


Logo P.I.N.T.A.S

Pecutan Cheetah merah
Ia melambangkan kesungguhan dan kecekalan murid-murid dalam menempuh persaingan.

Tapak tangan hitam
Ia melambangkan dorongan atau tiupan semangat ke arah pencapaian matlamat dan merealisasikan impian

Simbolik pecutan cheetah di atas tapak tangan boleh diumpamakan sebagai perlakuan pendidik menyokong atau menggalakkan murid-murid agar sentiasa bersemangat tinggi dalam mengejar kejayaan.

Akronim P.I.N.T.A.S
P= Perjuangkan
I= Impian
N= Nak
T= Tempat
A= Atas
S= Sekali


Semoga P.I.N.T.A.S dapat memberi impak positif pada warga SK Sambir pada tahun ini dan impian mencapai kejayaan secara menyeluruh dapat dicapai.

@sksambir2017

No comments:

Post a Comment