Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 20 February 2017

Sesi Pemilihan Atlet Balapan & Padang Daerah Samarahan

Pada Selasa lepas, 14 Februari 2017, SK Sambir telah menyertai sesi pemilihan atlet balapan dan padang Daerah Samarahan yang berlangsung di stadium Samarahan. Beberapa orang murid dari Tahun 4 dan Tahun 5 telah dipilih untuk mengikuti sesi tersebut dan  diiringi oleh dua orang guru pengiring iaitu En. Mohamad Ali Yusup (PKKK SK Sambir) dan Pn. Noor Najihah Mohd. Najib. Dalam masa yang sama, En. Mohamad Ali Yusup juga dilantik sebagai penyelia peserta.

Sesi pemilihan tersebut memperlihatkan kebolehan, minat dan tahap potensi murid-murid dalam bidang sukan. Ia juga membantu mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid-murid ketika bersukan dari aspek stamina, latihan dan juga daya saing.

Galeri Sesi Pemilihan Atlet Daerah Samarahan








@sksambir2017

Friday, 17 February 2017

Takziah: Mantan Guru Besar SK Sambir

Dengan rasa dukacitanya dimaklumkan bahawa mantan Guru Besar SK Sambir, En. Abdul Wahab Bin Hassan telah kembali ke rahmatullah pada penghujung bulan Januari 2017. Beliau, Allahyarham Abdul Wahab Bin Hassan merupakan guru besar pertama yang berkhidmat pada awal pembukaan SK Sambir iaitu pada tahun 1969 dan selepas itu digantikan dengan guru besar kedua, En. Mohamad Kudus.

Kami, warga SK Sambir mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham En. Abdul Wahab Bin Hassan dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Jauh-jauh pulau di sana
Mendayung jauh sampai ke pagi
Walaupun sudah jauh di mata
Namun di hati takkan sekali-kali

Duduk tenang di tebing kali
Daun gugur di dalam raga
Budimu tuan kekal di hati
Semoga sejahtera di alam sana

Al-Fatihah


@sksambir2017

Kunjungan FasiLINUS & SIP PLUS

Pada tahun ini, SK Sambir telah menerima kunjungan dari Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan bagi pemantauan program pendidikan. Ia merupakan usaha dalam memantapkan penguasaan pembelajaran bagi murid-murid dan pemantapan ilmu guru-guru LINUS

Kunjungan pertama dari pegawai FasiLINUS menerusi lawatan Program Transisi Tahun 1 dan Program Linus 2.0 pada 16 Januari 2017. Kedatangan mereka telah disambut oleh Cikgu Hamali Bin Lazem, PK Pentadbiran SK Sambir (kini- PK Pentadbiran SK Hj. Kelali Semera). Antara pegawai yang melakukan pemantauan ialah:

  • Sulainan Bin Sili
  • Awang Mohamard @ Mohd Bin Awg Ni
  • Jacqueline Kon Li Ching
Untuk kunjungan kedua dari pegawai FasiLINUS pada 13 Februari 2017, ia merupakan lawatan dan bimbingan berfokus Program LINUS 2.0. Kedatangan mereka telah disambut oleh Cikgu Issnu Bin Dollah, Guru Besar SK Sambir. Antara pegawai yang terlibat:
  • Sulainan Bin Sili
  • Fatimah Binti Haji Matjri
  • Jacqueline Kon Li Ching
Guru-guru LINUS yang terlibat dalam kedua-dua kunjungan FasiLINUS ialah:
  • Ya'ana @Yakna Binti Haji Drahman (BM)
  • Cynthia Tella (BI)
  • Rhamina Austine Tinggie (BI)
  • Mahmat Bin Salim (Matematik).
Pada tahun ini juga, SK Sambir menerima kunjungan dari pegawai SIP PLUS (En. Shibini Bin Saini) pada 06 Februari 2017 dan ia merupakan aktiviti pra bimbingan untuk guru besar. Dalam masa yang sama, mereka membincangkan perkara-perkara seperti pembangunan sekolah dan juga transformasi pendidikan. 



@sksambir2017


Monday, 13 February 2017

Majlis Sanjungan Budi & Jasamu Dikenang SK Sambir

Pada Jumaat lepas, 10 Februari 2017, Majlis Sanjungan Budi & Jasamu Dikenang untuk mantan Penolong Kanan Pentadbiran SK Sambir, En. Hamali Bin Lazem telah berlangsung dengan jayanya. Majlis bermula pada pukul 9 pagi dan kehadiran En. Hamali Bin Lazem diraikan oleh para guru, anggota kumpulan pelaksana, murid-murid, pekerja swasta dan ibu-bapa yang hadir.

Menerusi majlis tersebut, En. Hamali Bin Lazem menyampaikan amanat terakhir beliau mengenai LINUS, sasaran UPSR, P.I.N.T.A.S dan akademik sekolah secara amnya. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh warga SK Sambir sepanjang beliau berkhidmat.

Kami, warga SK Sambir mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada En. Hamali Lazem.

Galeri Majlis Sanjungan Budi & Jasamu Dikenang

Kad jemputan majlis untuk En. Hamali Lazem


En.Hamali Lazem duduk bersama Guru Besar SK Sambir,
En. Issnu Dollah dan YDP PIBG, En. Taip Gondah


Pengacara majlis, Cikgu Cynthia Tella 
dan Ustaz Mohd. Ridzuan


Bacaan doa dari En. Barawi Leman, 
PKHEM SK Sambir


Ucapan dari wakil pelajar, 
Haiqal Fathurrahman, pelajar Tahun 6 Rajin


Sedikit ucapan dari YDP PIBG, En. Taip Gondah


Ucapan dari Guru Besar SK Sambir,
En. Issnu Dollah


Sepatah dua kata dari mantan PK Pentadbiran
SK Sambir, En. Hamali Lazem


Sesi penyampaian hadiah cenderahati 
kepada En. Hamali Lazem


Cenderahati dari pejabat sekolah untuk En. Hamali


Cenderahati dari warga sekolah untuk En. Hamali


Cenderahati dari warga PIBG untuk En. Hamali


Cenderahati dari Cikgu Rhamina untuk En. Hamali


Cenderahati dari para pelajar untuk En. Hamali (1)


Cenderahati dari ketua pelajar untuk En. Hamali


Cenderahati dari para pelajar untuk En. Hamali (2)


Cenderahati dari para pelajar untuk En. Hamali (3)


Cenderahati dari para pelajar untuk En. Hamali (4)


Sesi bergambar bersama GB dan PK sekolah


Sesi bergambar bersama guru KAFA dan
beberapa guru SK Sambir (1)


Sesi bergambar bersama guru KAFA dan 
beberapa guru SK Sambir (2)


En. Hamali bersama setiausaha
kurikulum, Ustazah Normaizan Nawi


En. Hamali bersama kerani SK Sambir, 
Pn. Nora Endo


En. Hamali bersama AKP SK Sambir

En. Hamali bersama warga sekolah

Jamuan bersama Guru Besar, YDP PIBG, PKHEM,
PKKK dan SU Peperiksaan

Sesi bersalaman dengan murid-murid

Menyampaikan pesanan terakhir pada 
murid-murid sebelum meninggalkan SK Sambir


@sksambir2017

P.I.N.T.A.S 2017

P.I.N.T.A.S 2017 merupakan satu program baru yang diusahakan oleh SK Sambir dalam memantapkan akademik murid-murid dan meningkatkan pencapaian sekolah melalui prestasi UPSR. Menerusi P.I.N.T.A.S, beberapa aktiviti kurikulum telah dirancang dan bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. P.I.N.T.AS merupakan idea bekas Penolong Kanan Pentadbiran, En. Hamali Bin Lazem sebelum beliau berpindah. Rekacipta logo juga hasil cetusan idea En.Hamali Bin Lazem.


Logo P.I.N.T.A.S

Pecutan Cheetah merah
Ia melambangkan kesungguhan dan kecekalan murid-murid dalam menempuh persaingan.

Tapak tangan hitam
Ia melambangkan dorongan atau tiupan semangat ke arah pencapaian matlamat dan merealisasikan impian

Simbolik pecutan cheetah di atas tapak tangan boleh diumpamakan sebagai perlakuan pendidik menyokong atau menggalakkan murid-murid agar sentiasa bersemangat tinggi dalam mengejar kejayaan.

Akronim P.I.N.T.A.S
P= Perjuangkan
I= Impian
N= Nak
T= Tempat
A= Atas
S= Sekali


Semoga P.I.N.T.A.S dapat memberi impak positif pada warga SK Sambir pada tahun ini dan impian mencapai kejayaan secara menyeluruh dapat dicapai.

@sksambir2017

Monday, 6 February 2017

Program Penyerahan Beg Bantuan Ahli Parlimen Samarahan

Pada hari Isnin, 06 Februari 2017, Program Penyerahan Beg Bantuan telah dilancarkan di SK Sambir. Ia merupakan program ahli Parlimen P.197 Samarahan, YB Puan Rubiah Binti Haji Wang. Program bermula pada pukul 9 pagi dan seramai 80 orang murid layak menerima bantuan beg sekolah. Ia merupakan usaha pihak parlimen dalam menyokong pendidikan dan membantu murid-murid dalam menyediakan keperluan pembelajaran.

Program ini dihadiri oleh murid yang menerima bantuan, ibu bapa, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana.



Galeri Program Penyerahan Beg Bantuan Beg Bantuan Ahli Parlimen Samarahan












@sksambir2017

Program Jom Ke Sekolah 2017

Pada hari Isnin, 06 Februari 2017, program Jom Ke Sekolah 2017 telah dijalankan di SK Sambir. Ia dijalankan serentak di sekolah Zon B di seluruh negara iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar datang ke sekolah sekaligus membentuk sahsiah pelajar dan memantau permasalahan di sekolah seperti buli, ponteng dan sebagainya. 

Program ini telah dirasmikan oleh pegawai perhubungan PDRM SK Sambir iaitu KPL/D 129416 Rohah Binti Haji Kulai, Cawangan Khas PDRM. Majlis bermula seawal 7:30 pagi, dihadiri oleh wakil exco PIBG iaitu En. Elius Masharip, semua murid, guru, anggota kumpulan pelaksana dan ibu bapa.

Galeri Program Jom Ke Sekolah









@sksambir2017