Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 1 July 2020

Sesi Pembukaan Semula Prasekolah 2020

Pada 01 Julai 2020 (Rabu), prasekolah di Prasekolah Kasih SK Sambir beroperasi untuk sesi pembukaan semula prasekolah 2020. Pembukaan semula prasekolah selaras dengan saranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak berhasrat untuk menangguhkan perkara tersebut ke tarikh yang lain.

Pembukaan semula prasekolah merupakan proses awal untuk membenarkan institusi pendidikan beroperasi semula secara berperingkat. Pembukaan semula prasekolah merupakan usaha KPM untuk membantu ibu bapa bekerja agar mudah kembali ke tempat kerja kerana anak-anak bersekolah di prasekolah kembali belajar di sekolah. 

Untuk Prasekolah Kasih SK Sambir, guru prasekolah iaitu Puan Ruhiyati Idayu Binti Borhan dan pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah Binti Hadzli menguruskan kumpulan pertama yang hadir pada hari pertama pembukaan semula prasekolah. Kumpulan pertama terdiri daripada murid prasekolah 6 tahun seramai 15 orang tetapi hanya 11 orang saja yang hadir kerana ibu bapa penjaga yang lain belum bersedia untuk membenarkan anak mereka kembali bersekolah. Perkara ini juga telah dinyatakan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri menerusi taklimat pada 30 Jun 2020 iaitu tiada paksaan murid-murid untuk hadir ke sekolah kerana keutamaan sesi persekolahan ialah keselamatan murid dan bukannya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Untuk kumpulan kedua iaitu murid prasekolah 5 tahun, sesi mereka bermula pada keesokan harinya iaitu 2 Julai 2020.

Guru Besar juga turut menyarankan supaya mana-mana guru yang berkelapangan dan hadir awal ke sekolah membantu unit prasekolah setiap pagi agar urusan prasekolah berjalan dengan lancar. Murid-murid duduk mengikut jarak yang telah ditetapkan dan sentiasa diingatkan untuk mematuhi peraturan. 

Lampiran Gambar:












@sksambir2020

No comments:

Post a Comment