Bermulanya 24 Jun 2020, SK Sambir telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan kepada warga sekolah yang datang ke sekolah. Ia juga dilaksanakan ke atas bukan warga sekolah yang memasuki kawasan sekolah.
Pematuhan pemeriksaan kesihatan berdasarkan SOP adalah seperti berikut:
- Beratur untuk pemeriksaan suhu badan (di pondok pengawal)
- Membersihkan tangan dengan cecair sanitasi yang disediakan.
- Mengimbas QR Code MySejahtera (terkini) di pintu masuk sekolah sebelum memasuki kawasan sekolah. Sila muat turun aplikasi MySejahtera untuk memudahkan urusan anda.
Diingatkan supaya warga sekolah atau sesiapa yang memasuki kawasan sekolah dalam keadaan sihat, tidak bergejala dan memakai pelitup muka jika memerlukan. Juga diingatkan supaya mematuhi pemeriksaan kesihatan di pintu masuk. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Sama-sama kita membanteras penularan Covid-19.
@sksambir2020
No comments:
Post a Comment