Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 17 July 2020

Sesi Persekolahan Tahun 5 dan Tahun 6

Pada 15 Julai 2020 (Rabu), SK Sambir beroperasi untuk sesi pembukaan semula sekolah 2020. Pembukaan semula sekolah aliran perdana untuk Tahun 5 dan Tahun 6 selaras dengan saranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak berhasrat untuk menangguhkan perkara tersebut ke tarikh yang lain.

Pembukaan semula sekolah Tahun 5 dan 6 ialah persediaan untuk membenarkan institusi pendidikan beroperasi semula secara berperingkat. Pembukaan semula sekolah itu juga membantu murid-murid menjalani sesi PdP di dalam kelas tetapi keutamaan kali ini ialah keselamatan dan kesihatan murid-murid.

Untuk hari pertama sesi persekolahan semula bagi murid-murid Tahun 5 dan 6, murid-murid yang datang ke sekolah beratur di luar pagar masuk sekolah dan menjalani sanitasi tangan dan saringan suhu. Murid digalakkan memakai pelitup muka atau face shield sebagai langkah berjaga-jaga.

Guru Besar juga turut menyarankan supaya guru hadir awal ke sekolah bagi memastikan urusan pagi berjalan dengan lancar. Murid-murid duduk mengikut jarak yang telah ditetapkan dan sentiasa diingatkan untuk mematuhi peraturan. 

Lampiran Gambar:





@sksambir2020

No comments:

Post a Comment