Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 30 June 2020

Taklimat Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah

Pada 30 Jun 2020 (Selasa), taklimat pembukaan semula prasekolah telah diadakan di Prasekolah Kasih SK Sambir. Taklimat tersebut bermula pada jam 9 pagi dan taklimat disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri dan juga beberapa perkara yang berkaitan dengan prasekolah disampaikan oleh guru prasekolah, Puan Ruhiyati Idayu Binti Borhan.

Sebelum bermulanya taklimat, ibu bapa penjaga yang hadir perlu menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan suhu dan sanitasi tangan. Pelitup muka juga dipakai bagi mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Intipati taklimat garis panduan pembukaan semula prasekolah adalah seperti berikut:
  • Tarikh pembukaan semula prasekolah iaitu pada 1 Julai 2020 (Rabu)
  • Persediaan sebelum murid ke sekolah
  • Pengangkutan murid pergi dan balik dari sekolah
  • Ketibaan di pintu masuk sekolah
  • Pergerakan murid
  • Jadual masa murid belajar (pembahagian sesi/kumpulan)
Garis panduan pembukaan sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah diedar kepada guru dan staf sokongan. Pembantu Pengurusan Murid, Puan Siti Zauwiah Binti Hadzli akan menyampaikan maklumat yang selanjutnya ke dalam grup rasmi prasekolah sebagai rujukan kepada ibu bapa penjaga dari semasa ke semasa. Guru Besar juga meminta unit prasekolah untuk mewujudkan fail pengurusan Covid-19  agar apa saja urusan yang berkaitan dapat dimasukkan sebagai rekod.

Seramai 19 orang ibu bapa penjaga menghadiri taklimat dan menerima dokumen berkaitan dengan taklimat. Pada jam 1015 pagi, taklimat berakhir.

Lampiran Gambar:









sksambir2020

No comments:

Post a Comment