Pada 14 Julai 2020 (Selasa), mesyuarat permohonan murid prasekolah untuk tahun 2021 telah diadakan di pejabat sekolah pada jam 10:30 pagi. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh:
- Encik Sufian Basri (Guru Besar)
- Encik Faizal Jarawi (Penolong Kanan Pentadbiran)
- Encik Barawi Leman (Penolong Kanan HEM)
- Puan Ruhiyati Idayu Borhan (Guru Prasekolah)
- Puan Siti Zauwiah Hadzli (Pembantu Pengurusan Murid)
Intipati mesyuarat adalah seperti berikut:
- Jumlah murid prasekolah yang memohon melalui sistem dalam talian adalah seramai 23 orang.
- Dua orang murid lewat memohon secara dalam talian tetapi sudah memohon secara manual.
- Pengesahan kemasukan dilakukan secara dalam talian. Memandangkan 2 orang murid tersebut lewat memohon maka permohonan dilakukan pada tahun hadapan.
- Kepentingan diberikan kepada murid yang berusia 6 tahun.
- Sebarang pengurusan permohonan dan pendaftaran murid prasekolah sudah dijelaskan oleh pembantu pengurusan murid kepada ibu bapa penjaga.
- Peruntukan PCG mengikut enrolmen murid tahun sebelumnya. Peruntukan seorang murid adalah RM100. Tetapi peruntukan ini belum ditentukan untuk tahun hadapan kerana menunggu permohonan murid yang lewat memohon.
- Turut dibincangkan, sekiranya 23 orang murid yang sudah memohon tidak mendaftar diri sebelum sesi sekolah bermula, nama tersebut akan dibuang dengan serta-merta tanpa mengira usia, keutamaan diberikan kepada murid yang mendaftar pada tarikh yang ditetapkan sebelum sesi persekolahan tahun hadapan bermula. Ia bertujuan untuk mengelakkan kelewatan penyerahan data dan memudahkan pengurusan enrolmen JPNS.
Mesyuarat ini selesai pada 11:00 pagi. Salinan murid yang sudah memohon secara dalam talian diserahkan kepada guru besar sebagai rujukan pentadbiran.
Lampiran Gambar:
No comments:
Post a Comment