Pada 16 November 2019, Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan telah mengadakan Majlis Apresiasi 2019 yang melibatkan semua sekolah rendah dan menengah di bahagian Samarahan. SK Sambir merupakan salah sebuah sekolah yang mengikuti majlis tersebut yang berlangsung di Penview Convention Centre (PCC) Demak. Pada tahun ini, majlis bertemakan merah dan smart casual.
SK Sambir telah menghantar 10 orang wakil yang terdiri daripada pentadbir, guru dan kakitangan sekolah. Majlis bermula sekitar jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. SK Sambir juga menerima sijil penghargaan dari pihak PPD Samarahan di atas setiap kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh 2019.
Suasana sepanjang majlis:
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment