Pada 20 November 2019 (Rabu), Prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan lawatan akhir tahun. Seramai 20 orang murid prasekolah, 20 orang ibu bapa/penjaga, 2 orang guru dan 2 orang kakitangan sekolah menyertai lawatan tersebut. Tempat yang telah dilawati oleh rombongan prasekolah dari SK Sambir ialah:
- Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan
- Muzium Kucing DBKU
- KFC Boulevard Mall
Lawatan ini merupakan pendedahan murid prasekolah terhadap dunia luar dan membantu murid untuk dalam beberapa aspek seperti:
- berkomunikasi
- bersosial
- menambah pengalaman
Lawatan bermula di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan sekitar jam 8:30 pagi, seterusnya pada jam 11 pagi rombongan berada di Muzium Kucing DBKU dan pada jam 1:30 rombongan berada di KFC Boulevard Mall. Lawatan berakhir pada jam 4 petang.
Aktiviti sepanjang lawatan berlangsung:
Di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan
Di Muzium Kucing DBKU
Di KFC Boulevard Mall
Sesi bermain di tempat permainan kanak-kanak di Boulevard
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment