Pada 28 Julai 2018 (Sabtu), Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah di SK Sambir telah dilaksanakan dan disertai oleh murid prasekolah, Tahap 1, Tahap 2 dan juga guru-guru. Kejohanan ini dianjurkan bagi memenuhi takwim sekolah, meningkatkan pembangunan individu di kalangan murid-murid dan menambahkan pengalaman dari sudut kepimpinan serta disiplin diri. Selain itu, aktiviti tersebut menggalakkan pertumbuhan murid-murid dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.
Sesi kejohanan merentas desa SK Sambir pada tahun ini adalah seperti berikut:
7:30 pagi- aktiviti memanaskan badan diketuai oleh Cg. Abang Mohd. Syukur Abang Husaini
7:45 pagi- taklimat dari PK 1 Cg. Arifin Hassan
08:00 pagi- kejohanan merentas desa bermula (dimulai oleh Tahap 2, Tahap 1 dan prasekolah)
09:30 pagi- rehat/minum Milo
10:15 pagi- penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada guru terlibat
11:20 pagi- bersurai
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang mengambil bahagian dalam kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada tahun ini.
Galeri Kejohanan Merentas Desa SK Sambir 2018
Aktiviti senaman bersama murid dan guru di tempat letak kereta.
Guru-guru membantu menguruskan murid yang mengambil bahagian.
Guru-guru, kakitangan dan pekerja swasta bersedia sebelum kejohanan bermula.
Kejohanan merentas desa dimulakan pada jam 08:00 pagi.
Suasana sepanjang kejohanan merentas desa berlangsung.
Gelagat murid-murid yang berusaha untuk menghabiskan larian mereka.
Antara murid-murid yang berjaya menamatkan larian mereka.
Sesi rehat murid-murid selepas kejohanan merentas desa.
Murid-murid berkumpul semula di dewan terbuka untuk sesi penyampaian hadiah.
Suasana di sekitar dewan terbuka sekolah.
Sesi penyampaian pingat dan hadiah kepada murid.
@sksambir2018
No comments:
Post a Comment