Pada 25 Mei 2018 (Jumaat) bersamaan dengan 9 Ramadan 1439H, SK Sambir telah mengadakan program bubur lambuk bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini. Ia merupakan hasil kerjasama antara guru, anggota kumpulan pelaksana, guru Kafa, pekerja swasta dan pekerja keselamatan.
Bubur lambuk yang siap dibungkus diagih-agihkan kepada murid sekolah serta seluruh warga sekolah yang hadir pada program tersebut. Program bermula pada sebelah pagi dan selesai sebelum tamat waktu persekolahan iaitu sekitar pukul 11:30 pagi.
Galeri Program Bubur Lambuk
@sksambir2018
No comments:
Post a Comment