Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 21 May 2018

Sukaneka Hari Guru 2018

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2018 peringkat sekolah, SK Sambir telah menganjurkan sukaneka yang disertai oleh guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana. Sukaneka tersebut dikendalikan oleh Ustazah Sabariah Ahmad manakala pertandingan petanque pula dikendalikan oleh Encik Zuraimi Sulong. Aktiviti tersebut diadakan bagi mengikat tali silaturrahim dan mewujudkan suasana mesra serta cergas antara warga sekolah.

Untuk aktiviti sukaneka, ia dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
  • Menguntai manik
  • Hantar gelung getah menggunakan batang straw
  • Isi air dalam botol

Secara keseluruhan, keputusan sukaneka hari guru adalah seperti berikut:
  1. Tempat pertama- kumpulan Cikgu Junaidi
  2. Tempat kedua- kumpulan Cikgu Arifin
  3. Tempat ketiga- kumpulan En. Zuraimi
  4. Tempat keempat- kumpulan GB
Menerusi pertandingan petanque yang diadakan selepas aktiviti sukaneka, setiap kumpulan disertai oleh dua orang ahli dan perlawanan antara kumpulan merupakan perlawanan kalah mati. Pertandingan petanque berakhir pada jam 5 petang dan tempat pertama petanque telah disandang oleh kumpulan baru. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
  1. Tempat pertama- Cikgu Abg. Mohd. Syukur Abg. Husaini dan En. Syukor Hamdan
  2. Tempat kedua- En. Zuraimi Sulong dan Puan Latifah Gok
  3. Tempat ketiga- Cikgu Mohamad Ali Yusop dan Pn. Nora Endo
Tahniah kepada semua yang menyertai aktiviti Hari Guru 2018!

Galeri Sukaneka dan Petanque Hari Guru 2018









@sksambir2018

No comments:

Post a Comment