Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 21 May 2018

Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sambir 2018

Pada 16 Mei 2018 (Rabu), sambutan Hari Guru peringkat SK Sambir telah diadakan di dewan terbuka. Sambutan tersebut dihadiri oleh semua murid, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, pekerja swasta dan pekerja kawalan keselamatan. Sambutan ini diadakan secara sederhana tetapi meriah, dihadiri oleh wakil PIBG iaitu Encik Ikhwan Bin Busenak.  Pada hari itu juga, pihak sekolah telah menjemput tetamu istimewa iaitu pesara guru yang pernah berkhidmat di SK Sambir pada era 70an iaitu Cikgu Ahmad Bin Bongom. Beliau masih berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris untuk kelas persediaan peperiksaan Tahun 6 secara sukarela. 

Bertemakan 'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan', sambutan ini merupakan hari meraikan perubahan dalam sistem pendidikan yang dipacu oleh guru-guru dalam pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid. Untuk sambutan pada tahun ini, ia dikendalikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Mohamad Ali Yusop dan persiapan pentas diuruskan oleh Cikgu Rhamina Austine Tinggie.

Aturcara program adalah seperti berikut:

8:00 pagi- guru dan murid berkumpul, sesi bersalaman
8:15 pagi- majlis bermula (bacaan doa, penyampaian perutusan hari guru, ucapan hari guru, persembahan, pertukaran hadiah, penyampaian hadiah dan jersi sukan & jamuan)
11:00 pagi- sukaneka bermula
12:00 tengah hari- pertandingan petanque bermula


Galeri Sambutan Hari Guru SK Sambir 2018
Sesi bersalaman dengan guru-guru

Bacaan doa dari Adik Mohd. Wafiq dan perutusan 
hari guru yang disampaikan oleh Cikgu Semawi Meli

Ucapan hari guru daripada guru besar SK Sambir
En. Issnu bin Dollah dan wakil PIBG, 
En. Ikhwan bin Busenak

Suasana di sekitar dewan terbuka, sesi
penyampaian cenderahati untuk warga sekolah




Nyanyian lagu hari guru iaitu Kami Guru Malaysia
dan Pendidik Bumi Kenyalang, serta bacaan ikrar
hari guru yang diketuai oleh Cikgu Mohamad Ali
Yusup, PKKK SK Sambir

Sesi bertukar hadiah antara guru. AKP, pekerja
swasta dan pekerja kawalan keselamatan










Penyampaian hadiah hari guru daripada 
murid-murid dan persembahan murid


Juga penyerahan hadiah untuk pasukan
Choral Speaking sekolah yang memenangi
tempat ke-3

Penyerahan jersi sukan kepada 
pasukan bola sepak SK Sambir

Sesi bergambar untuk sambutan hari guru 2018

@sksambir2018

No comments:

Post a Comment