Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 15 May 2018

Choral Speaking Competition Peringkat Samarahan 2018

Pada 14 Mei 2018 (Isnin), Choral Speaking Competition telah berlangsung di Dewan Terbuka, SK Sambir dan disertai oleh 5 pasukan yang terdiri daripada 5 buah sekolah iaitu:
  • SK (A) Ibnu Khaldun
  • SK Tambay
  • SK Jalan Muara Tuang
  • SK Sambir
  • SK Asajaya Laut
Tajuk Choral Speaking beserta conductor adalah seperti berikut:
  1. The Benefits of Reading (SK Asajaya Laut)- Ayu Adryana Binti Nazri
  2. Our Sports Day (SK Sambir)- Rabi'atul 'Adawiyah Binti Mohtar
  3. Health is Wealth (SK Tambay)- Ayu Ratna Binti Dahlan
  4. We Love Our Teachers (SK Jalan Muara Tuang)- Connynelissa Senny
  5. We Love English (SKA Ibnu Khaldun)- Sharifah Sajidah binti Wan Ismail
Pada tahun ini, tidak banyak penyertaan dari sekolah-sekolah yang lain. Koordinator untuk pertandingan tahun ini diuruskan oleh Puan Cynthia Tella dan pasukan Choral Speaking SK Sambir terdiri daripada 35 orang murid. Juri jemputan untuk pertandingan kali ini ialah Puan Nurul Ashikin dari SK Pendam dan Puan Marina Noyou Yup dari SK Mata Parang manakala tetamu jemputan dari PPD Samarahan ialah Puan Rosita Lynda Boniface.

Memetik ucapan dari Puan Rosita Lynda mengenai penganjuran Choral Speaking Competition, beliau menyatakan beberapa perkara seperti kepentingan aktiviti kokurikulum untuk murid-murid sebagai latihan pembelajaran di luar kelas. Aktiviti choral speaking merupakan sebahagian daripada Highly Immersive Program dan bakat murid-murid perlu diasah bagi meningkatkan lagi kebolehan murid dalam berbahasa Inggeris. Pada akhir ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat dan menyatakan bahawa 'none of you are loser, everyone is a champion.'

Keputusan akhir untuk Choral Speaking Competition 2018 pada tahun ini ialah:
  1. Tempat Pertama- SK Jalan Muara Tuang
  2. Tempat Kedua- SK Tambay
  3. Tempat Ketiga- SK Sambir
  4. Best Conductor- Ayu Ratna Binti Dahlan (SK Tambay)

Galeri Choral Speaking Samarahan District Level 2018

Suasana di sekitar dewan terbuka SK Sambir



Persembahan dimulakan dengan pasukan SK Asajaya Laut

SK Sambir merupakan pasukan kedua yang membuat persembahan

SK Tambay selaku pasukan ketiga

Persembahan menarik dari SK Jalan Muara Tuang

Pasukan terakhir yang membuat persembahan iaitu dari SK (A) Ibnu Khaldun

Ucapan daripada Guru Besar SK Sambir dan wakil PPD Samarahan

Juri yang bertugas untuk pertandingan tahun ini

Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK Asajaya Laut

Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK Sambir

Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK Tambay

Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK Jalan Muara Tuang

Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK(A) Ibnu Khaldun

Best Conductor- Ayu Ratna Binti Dahlan dari SK Tambay

Tempat ketiga: Pasukan SK Sambir

Tempat kedua: Pasukan SK Tambay

Tempat Pertama: Pasukan SK Jalan Muara Tuang


Video persembahan setiap pasukan yang bertanding 
(video dimuatnaik dalam format 3gp):

SK Asajaya Laut

SK Sambir

SK Tambay

SK Jalan Muara Tuang

SK (A) Ibnu Khaldun



@sksambir2018

No comments:

Post a Comment