Bersempena dengan bulan kebangsaan, Pusat Akses SK Sambir telah mengadakan Pertandingan Membuat Slideshow Hari Kebangsaan pada tahun ini. Pertandingan tersebut julung-julung kali diadakan dan disertai seramai 12 orang murid yang terpilih. Murid-murid diberi masa selama 2 minggu untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing yang bertemakan Malaysia seperti:
- Bunga Raya Bunga Kebangsaan
- Tempat-tempat menarik di Malaysia
- Peristiwa Kemerdekaan
- Bendera Malaysia
- Tokoh-tokoh di Malaysia
- Sehati Sejiwa
- Makanan Kegemaran Malaysia
Pertandingan ini juga telah menetapkan syarat bahawa setiap imej haruslah dihasilkan sendiri dan bukannya dimuat-turun di Google Search. Oleh itu, murid-murid menggunakan perisian Paint dalam menghasilkan imej-imej yang bersesuaian dengan tema yang dipilih. Penggunaan Microsoft Powerpoint dan WPS Presentation telah diaplikasikan oleh murid-murid untuk menghasilkan slide masing-masing.
Antara contoh imej yang dihasilkan oleh murid-murid menggunakan Paint:
Pertandingan membuat Slideshow ini telah dipantau sepenuhnya oleh juruteknik komputer selama dua minggu dan setiap slideshow telah dinilai oleh Guru Penyelaras Bestari dan guru TMK. Markah diberi berdasarkan kreativiti, kekemasan, ketepatan info dan penggunaan elemen persembahan. Pemenang bagi pertandingan ini ialah:
Tempat Pertama: Ishral Raqib (Tahun 6)
Tempat Kedua: Fadhlur Rahman (Tahun 6)
Tempat Ketiga: Arifah Awatif (Tahun 6)
Saguhati: Muhd. Faiq (Tahun 6)
Diharap melalui pertandingan ini, murid-murid mendapat pendedahan asas mengenai kemahiran ICT dan menggunakan pengetahuan tersebut di masa akan datang.
@sksambir2017
No comments:
Post a Comment