Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 10 August 2017

Kem Motivasi UPSR II 2017

Kem Motivasi UPSR peringkat ke-2 2017 di SK Sambir telah berlangsung pada 03/08/2017 (Khamis) dan 04/08/2017 (Jumaat). Untuk sesi yang kedua, program teknik menjawab soalan UPSR telah dihadiri oleh dua orang penceramah yang dijemput khas iaitu:

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR- subjek Bahasa Melayu (03/08/;2017- 2 ptg)
Penceramah: Pn. Faridah Binti Rasit dari SK Muara Tebas, penyemak kertas Bahasa Melayu.

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR- subjek Bahasa Inggeris (04/08/2017- 2:15 ptg)
Penceramah: Pn. Nurul Ashikin Binti Abdullah dari SK Pendam, Sadong Jaya.

Kem Motivasi UPSR anjuran sekolah untuk murid-murid Tahun 6 berjaya dilaksanakan untuk kesemua subjek dan diharap agar murid-murid memperoleh manfaat serta menggunakan ilmu yang disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Antara aktiviti yang telah dijalankan di makmal komputer sekolah:

Sesi program teknik menjawab soalan UPSR untuk
subjek Bahasa Melayu


Cenderahati disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir,
En. Issnu Dollah kepada Pn. Faridah Rasit 

Sesi program teknik menjawab soalan UPSR untuk subjek
Bahasa Inggeris


Cenderahati disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, 
En. Samsudin Uas kepada Pn. Nurul Ashikin Abdullah.


@sksambir2017

No comments:

Post a Comment