Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 10 August 2017

Kempen Kesedaran Penyakit Rabies Peringkat SK Sambir

Pada 2 Ogos 2017 (Rabu), kempen Kesedaran Penyakit Rabies telah diadakan di makmal komputer sekolah. Sesi bermula pada pukul 02:30- 03:30 petang dihadiri oleh semua murid dan warga sekolah. Ceramah mengenai penyakit Rabies telah disampaikan oleh Dr. Nor Hazemi Bin Hassan, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Sambir. Menerusi kempen ini, murid-murid didedahkan tentang bahaya Rabies, punca penyebaran penyakit dan cara-cara mencegah. Selain itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi memberi peluang kepada murid-murid dan warga sekolah untuk bertanya apa saja yang berkaitan dengan penyakit Rabies.

Kempen ini merupakan aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Doktor Muda SK Sambir.

Antara aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut ialah:







@sksambir2017

No comments:

Post a Comment