Pada 29 Ogos 2017 (Selasa), Program Kem Motivasi UPSR 2017 bersama alumni SK Sambir telah dijalankan di surau sekolah bersama 28 orang murid-murid Tahun 6 dan 24 orang alumni sekolah. Objektif program tersebut ialah:
- Membina keyakinan diri murid-murid Tahun 6
- Berkongsi pengalaman dan tips peperiksaan dengan murid Tahun 6
- Memberi pendedahan tentang sekolah menengah kepada murid-murid Tahun 6.
Pendekatan untuk program ini dijalankan menerusi aktiviti team building dan latihan dalam kumpulan. Kedua-dua aktiviti ini merupakan usaha dalam membina jati diri, sifat kepimpinan dan memupuk keyakinan agar tidak gementar semasa menduduki peperiksaan. Manakala jadual program disusun seperti berikut:
1330-1400: Solat dan tazkirah Zohor
1400-1500: Perkongsian tips-tips UPSR
1500-1600: Pilihan sekolah menengah
1600-1620: Solat dan tazkirah Asar
1620-1700: Cabaran sekolah menengah
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung:
Semoga program dari alumni SK Sambir ini memberi manfaat dan motivasi kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11 September 2017 nanti.
@sksambir2017