Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday, 19 April 2017

Program Kem Membaca 1Malaysia 2017

Bulan April ialah bulan untuk Program Kem Membaca 1Malaysia 2017. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu di kalangan murid-murid. Aktiviti ini diurusetia oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPNS) dan diadakan serentak di seluruh negara pada 4 April hingga 6 April 2017.

Menerusi program ini, SK Sambir telah menjalankan beberapa aktiviti dan diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Pn. Simai Ahmad. Antara aktiviti yang dicadangkan dan telah dilaksanakan ialah:

Jom Membaca 33 Minit

Aktiviti membaca dijalankan di kelas

Aktiviti membaca dijalankan di pusat sumber

Murid-murid membaca bahan bacaan selama 33 minit di dalam kelas atau di pusat sumber sekolah. Setiap kelas terlibat dan aktiviti dipantau oleh guru kelas masing-masing.


Melukis dan mewarna

Aktiviti melukis dan mewarna dijalankan di kelas

Aktiviti melukis dan mewarna dijalankan di pusat sumber

Murid-murid diminta melukis dan mewarna hasil lukisan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Murid Tahun 6 melibatkan diri dalam penghasilan rekaan muka buku dan melukis abjad pula dijalankan di kelas Tahun 1.

Choral Speaking

Aktiviti dijalankan di bawah makmal komputer

Murid-murid terpilih dari Tahun 3, 4, 5 dan 6 mengikuti aktiviti choral speaking yang diuruskan oleh guru bahasa Inggeris- Pn. Cynthia Tella dan Pn. Rhamina Austine Tinggie.

Aktiviti sampingan:
  • Pembelajaran Vocabulary- Murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran vocabulary melalui permainan interaksi di bilik akses. Aktiviti dipantau oleh juruteknik komputer- Cik Nur Azshieldha Sahran.
  • Penjualan buku- Penjualan buku dijalankan di sekolah, melibatkan ibu-bapa dan murid-murid.


Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat perhatian dan sambutan yang baik di kalangan murid-murid dan juga ibu bapa. Diharap program seperti ini dapat diperluaskan dengan pelbagai aktiviti baharu yang lebih menarik, kreatif dan juga memberi daya saing.

@sksambir 2017

Majlis Bantuan Baju Persekolahan Tahun 2017

Pada 8 April 2017 (Sabtu), pihak SK Sambir telah menghadiri Majlis Bantuan Baju Persekolahan Tahun 2017 yang berlangsung di SK (A) Ibnu Khaldun. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh ahli Parlimen P197 YB Rubiah Binti Haji Wang dan ia merupakan hasil kerjasama pihak parlimen bersama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Persatuan Pendidikan Pelajar-pelajar Islam Malaysia, Pejabat Pendidikan Samarahan, dan Majlis Guru Besar Samarahan. Memetik sedikit ucapan dari YB Rubiah, peluang pendidikan semakin bertambah pada masa kini dan pelajar harus merebut peluang tersebut untuk masa depan mereka. Oleh itu, bantuan dari pelbagai pihak merupakan salah satu peluang untuk pelajar dalam meningkatkan potensi dan prestasi mereka sepanjang persekolahan.

Menerusi majlis tersebut, 10 orang pelajar dari SK Sambir layak menerima bantuan baju persekolahan. Kami, warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada sumbangan bantuan tersebut.

Galeri Majlis Bantuan Baju Persekolahan Tahun 2017




@sksambir2017

Friday, 7 April 2017

Projek Bumi Hijau SK Sambir 2017

Projek Bumi Hijau merupakan salah satu rancangan SK Sambir untuk tahun ini untuk transformasi landskap sekolah. Selain dapat mencantikkan kawasan sekeliling sekolah, ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid mengenai kepentingan tumbuhan dan mewujudkan kesedaran terhadap peranan tumbuhan dalam ekosistem. Untuk fasa pertama, tumbuhan hiasan diletakkan di bahagian  dalam sekolah seperti di hadapan pejabat sekolah, di sekitar kawasan kaki lima pusat sumber, berhampiran dengan kuarters kediaman dan berhampiran dengan bilik akses. Untuk fasa kedua, tumbuhan hijau diletakkan di bahagian padang sekolah.

Antara contoh akviti projek yang telah dijalankan:

Penanaman pokok hiasan- spesis tumbuhan palma
di tepi padang sekolah, berdekatan dengan laluan
masuk ke sekolah.

Projek dimulakan pada sebelah pagi oleh para pentadbir 
sekolah dan pekerja swasta. GB sekolah sedang 
menyelesaikan kerja-kerja menanam pokok hiasan.

Penanaman pokok yang seterusnya 
dilakukan oleh PK Pentadbiran sekolah.

Kerja-kerja penanaman pokok hiasan
diselesaikan oleh PKKK sekolah.


Fasa seterusnya ialah meletakkan tumbuhan hiasan di sekitar bahagian makmal komputer dan tapak berhimpun.

@sksambir2017

Tuesday, 28 March 2017

Kunjungan Mantan Guru Besar SK Sambir

Pada 14 Februari 2017 (Selasa), SK Sambir menerima kunjungan mantan guru besar yang pernah bertugas pada tahun 1987 sehingga 1994 iaitu Encik Kram Bin Haji Saini. Kunjungan beliau merupakan kunjungan kedua selepas menziarahi sekolah pada bulan Januari. Menerusi kunjungan kedua beliau di SK Sambir, beliau telah menyumbang set rehal kayu untuk keperluan surau sekolah. Pihak SK Sambir mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian Encik Kram Bin Saini berkunjung ke SK Sambir.

Galeri Kunjungan Mantan 
Guru Besar SK Sambir 



@sksambir2017

Tuesday, 21 March 2017

Aktiviti Keceriaan Sekolah

Pada 21 Mac 2017 (Selasa), pihak sekolah menjalankan aktiviti keceriaan sekolah yang melibatkan pengubahsuaian banner depan sekolah dengan rekaan terbaru. Banner yang menerapkan ciri-ciri MBMMBI, logo sekolah yang diperbaharui, visi/misi sekolah dan juga elemen doa diharap mampu memberi pendedahan ringkas kepada murid-murid sekolah mengenai identiti sekolah di samping menceriakan suasana sekeliling.

Antara aktiviti yang telah dijalankan:








@sksambir2017

Thursday, 16 March 2017

Taklimat SKPMg2 2017

Pada 21 Februari 2017 (Selasa), taklimat Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 atau dikenali sebagai SKPMg2 telah diadakan di SK Sebandi Ulu. Tiga buah sekolah bergabung dalam taklimat tersebut iaitu SK Sebandi Ulu selaku penganjur taklimat, SK Sambir dan SK Sebandi Matang. Menerusi taklimat tersebut, penambahbaikan dalam pendidikan dibentangkan dan ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta menyesuaikan SKPM 2010 dengan perkembangan pendidikan semasa. Berdasarkan draf SKPMg2, lima (5) standard telah ditetapkan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan seperti:

Standard 1: Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dalam menggerakkan warga sekolah secara bersepadu

Standard 2: Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap, mengambil kira potensi, keperluan warga sekolah dan kemudahan sumber (luar atau dalam) untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.

Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum, dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial- selaras dengan halatuju sekolah.

Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudahcara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk mengembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum.

Standard 5: Kemenjadian Murid
Murid dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap dan mampu mencapai potensi diri yang sepenuhnya seperti penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Menerusi taklimat SKPMg2 di SK Sebandi Ulu, strategi pengajaran dan pembelajaran telah dibincangkan secara bersama seperti:
  • merancang latihan peningkatan kemahiran
  • melaksanakan latihan peningkatan kemahiran
  • merancang program pemantapan
  • melaksanakan program pemantapan
Galeri Taklimat SKPMg2 SK Sebandi Ulu





@sksambir2017

Tuesday, 14 March 2017

Festival Pendidikan Al Quran Sekolah Peringkat Daerah Samarahan/Asajaya 2017

Pada hari Khamis, 09 Mac 2017, SK Sambir telah menyertai Festival Pendidikan Al Quran Sekolah Peringkat Daerah Samarahan/Asajaya yang diadakan di PITAS, UNIMAS. SK Sambir telah menghantar 6 orang murid dan diiringi oleh 2 orang guru pengiring iaitu Puan Simai Ahmad dan Puan Normaizan Nawi. Menerusi festival tersebut, murid-murid SK Sambir telah menyertai 3 kategori yang dipertandingkan iaitu:

Tilawah Al Quran
1. Haiqal Fathurrahman Bin Kamal Ludin
2. Nur Insyirah Mastura Binti Abdul Rahman

Hafazan Al Quran
1. Nur Faziqah Binti Rosli
2. Aiman Haziq Bin Barawi

Bercerita
1. Muhammad Adief Aiman Bin Redzuan
2. Arifah Awatif Binti Arifin

Menerusi festival tersebut, Nur Insyirah Mastura Binti Abdul Rahman (murid Tahun 6) dari SK Sambir telah mendapat tempat ketiga dalam kategori Tilawah Al Quran. Sepanjang festival tersebut berlangsung, bakat murid-murid berjaya dicungkil dan menyerlahkan potensi mereka dari sudut kefahaman dan penghayatan, serta memberi impak positif dalam pendidikan secara keseluruhan.

Galeri Festival Pendidikan Al Quran Sekolah






@sksambir2017