Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 16 March 2017

Taklimat SKPMg2 2017

Pada 21 Februari 2017 (Selasa), taklimat Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 atau dikenali sebagai SKPMg2 telah diadakan di SK Sebandi Ulu. Tiga buah sekolah bergabung dalam taklimat tersebut iaitu SK Sebandi Ulu selaku penganjur taklimat, SK Sambir dan SK Sebandi Matang. Menerusi taklimat tersebut, penambahbaikan dalam pendidikan dibentangkan dan ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti serta menyesuaikan SKPM 2010 dengan perkembangan pendidikan semasa. Berdasarkan draf SKPMg2, lima (5) standard telah ditetapkan bagi menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan seperti:

Standard 1: Kepimpinan
Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi dalam menggerakkan warga sekolah secara bersepadu

Standard 2: Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap, mengambil kira potensi, keperluan warga sekolah dan kemudahan sumber (luar atau dalam) untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.

Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum, dan Hal Ehwal Murid
Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial- selaras dengan halatuju sekolah.

Standard 4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru berperanan sebagai pemudahcara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk mengembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum.

Standard 5: Kemenjadian Murid
Murid dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap dan mampu mencapai potensi diri yang sepenuhnya seperti penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Menerusi taklimat SKPMg2 di SK Sebandi Ulu, strategi pengajaran dan pembelajaran telah dibincangkan secara bersama seperti:
  • merancang latihan peningkatan kemahiran
  • melaksanakan latihan peningkatan kemahiran
  • merancang program pemantapan
  • melaksanakan program pemantapan
Galeri Taklimat SKPMg2 SK Sebandi Ulu





@sksambir2017

No comments:

Post a Comment