Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 19 April 2017

Program Kem Membaca 1Malaysia 2017

Bulan April ialah bulan untuk Program Kem Membaca 1Malaysia 2017. Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu di kalangan murid-murid. Aktiviti ini diurusetia oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPNS) dan diadakan serentak di seluruh negara pada 4 April hingga 6 April 2017.

Menerusi program ini, SK Sambir telah menjalankan beberapa aktiviti dan diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Pn. Simai Ahmad. Antara aktiviti yang dicadangkan dan telah dilaksanakan ialah:

Jom Membaca 33 Minit

Aktiviti membaca dijalankan di kelas

Aktiviti membaca dijalankan di pusat sumber

Murid-murid membaca bahan bacaan selama 33 minit di dalam kelas atau di pusat sumber sekolah. Setiap kelas terlibat dan aktiviti dipantau oleh guru kelas masing-masing.


Melukis dan mewarna

Aktiviti melukis dan mewarna dijalankan di kelas

Aktiviti melukis dan mewarna dijalankan di pusat sumber

Murid-murid diminta melukis dan mewarna hasil lukisan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Murid Tahun 6 melibatkan diri dalam penghasilan rekaan muka buku dan melukis abjad pula dijalankan di kelas Tahun 1.

Choral Speaking

Aktiviti dijalankan di bawah makmal komputer

Murid-murid terpilih dari Tahun 3, 4, 5 dan 6 mengikuti aktiviti choral speaking yang diuruskan oleh guru bahasa Inggeris- Pn. Cynthia Tella dan Pn. Rhamina Austine Tinggie.

Aktiviti sampingan:
  • Pembelajaran Vocabulary- Murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran vocabulary melalui permainan interaksi di bilik akses. Aktiviti dipantau oleh juruteknik komputer- Cik Nur Azshieldha Sahran.
  • Penjualan buku- Penjualan buku dijalankan di sekolah, melibatkan ibu-bapa dan murid-murid.


Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat perhatian dan sambutan yang baik di kalangan murid-murid dan juga ibu bapa. Diharap program seperti ini dapat diperluaskan dengan pelbagai aktiviti baharu yang lebih menarik, kreatif dan juga memberi daya saing.

@sksambir 2017

No comments:

Post a Comment