Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday, 24 July 2020

Orientasi Norma Baharu SK Sambir

Pada 23 Julai 2020 (Khamis), SK Sambir telah menjalankan sesi pembukaan sekolah secara penuh. Sesi tersebut sepatutnya dilaksanakan pada hari Rabu 22 Julai tetapi ditangguhkan kerana sambutan Hari Sarawak. 

Pada hari yang sama, SK Sambir juga telah mengadakan Orientasi Norma Baharu bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 yang kembali semula ke sekolah setelah beberapa bulan tidak dibenarkan hadir ke sekolah akibat penularan wabak Covid-19. Orientasi bermula pada jam 7:30 pagi hingga 8:30 pagi, bermula di luar pagar sekolah iaitu ujian saringan suhu murid dan juga proses sanitasi.

Penceramah yang bertanggungjawab menguruskan orientasi ialah:
  • Guru Besar- Encik Sufian Bin Basri
  • PK HEM- Encik Barawi Bin Leman
  • PK KK- Encik Mohamad Ali Bin Yusop
  • Guru bertugas- Encik Othman Bin Bujang
Lampiran Gambar:









@sksambir2020

Monday, 20 July 2020

Kunjungan PPD Samarahan Ke-3 Tahun 2020

Pada 20 Julai 2020 (Isnin), SK Sambir menerima kunjungan daripada pihak PPD Samarahan. Pegawai yang hadir adalah seperti berikut:
  • Ismailia Ishak (Penolong PPD Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)
  • Jublin Nanang (Penolong PPD Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)
Untuk kunjungan kali ini, pihak PPD Samarahan melihat perkembangan pengurusan SOP murid Tahun 5 dan Tahun 6 pada waktu rehat. Pihak pengurusan RMT dipantau sepanjang pengendalian dan penyediaan makanan kepada murid sekolah. Antara guru yang membantu ialah Ustaz Muhammad Nazrulah Bin Malek, Cikgu Othman Bin Bujang dan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Faizal Bin Jarawi.

Lampiran Gambar:






@sksambir2020

Penerima Bantuan Back To School Yayasan Pelajaran MARA

Pada 17 Julai 2020 (Jumaat), penerima bantuan Back To School berbentuk wang tunai di bawah Yayasan Pelajaran MARA telah hadir ke sekolah untuk menerima bantuan tersebut. Bantuan tersebut di bawah pengurusan unit HEM dan diuruskan oleh Penolong Kanan HEM iaitu Encik Barawi Bin Leman, juga dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Faizal Bin Jarawi. 

Penyerahan bantuan tersebut dijalankan di pejabat sekolah dan penerima bantuan diwakili oleh ibu bapa penjaga murid yang layak menerima bantuan.

Lampiran Gambar:





@sksambir2020

Friday, 17 July 2020

Taklimat Bantuan Back To School

Pada 16 Julai 2020 (Khamis), unit HEM mengadakan taklimat berkenaan dengan bantuan Back to School Yayasan Pelajaran MARA. Penolong Kanan HEM, Encik Barawi Bin Leman mengadakan taklimat bersama guru-guru yang terlibat dengan pengurusan HEM iaitu Puan Cynthia Tella, Puan Fauziah Dee, Puan Simai Ahmad, Puan Rhamina Austine Tinggie, Puan Yakna Drahman dan Puan Sabariah Ahmad.

Bantuan ini akan diserahkan di SK (A) Ibnu Khaldun kepada murid yang layak dan urusan tersebut diuruskan oleh Cikgu Cynthia Tella. Senarai nama murid yang layak menerima bantuan ialah:
  • Zulkhairie Ikhwan Bin Zulkanaen
  • Muhammad Afzal Aizuddin Bin Abdullah
  • Nursabarina Binti Uda
  • Norathirah Binti Sahari

Lampiran bergambar:





@sksambir2020

Sesi Persekolahan Tahun 5 dan Tahun 6

Pada 15 Julai 2020 (Rabu), SK Sambir beroperasi untuk sesi pembukaan semula sekolah 2020. Pembukaan semula sekolah aliran perdana untuk Tahun 5 dan Tahun 6 selaras dengan saranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak berhasrat untuk menangguhkan perkara tersebut ke tarikh yang lain.

Pembukaan semula sekolah Tahun 5 dan 6 ialah persediaan untuk membenarkan institusi pendidikan beroperasi semula secara berperingkat. Pembukaan semula sekolah itu juga membantu murid-murid menjalani sesi PdP di dalam kelas tetapi keutamaan kali ini ialah keselamatan dan kesihatan murid-murid.

Untuk hari pertama sesi persekolahan semula bagi murid-murid Tahun 5 dan 6, murid-murid yang datang ke sekolah beratur di luar pagar masuk sekolah dan menjalani sanitasi tangan dan saringan suhu. Murid digalakkan memakai pelitup muka atau face shield sebagai langkah berjaga-jaga.

Guru Besar juga turut menyarankan supaya guru hadir awal ke sekolah bagi memastikan urusan pagi berjalan dengan lancar. Murid-murid duduk mengikut jarak yang telah ditetapkan dan sentiasa diingatkan untuk mematuhi peraturan. 

Lampiran Gambar:





@sksambir2020

Tuesday, 14 July 2020

Laporan Permohonan Murid Prasekolah Tahun 2021

Pada 14 Julai 2020 (Selasa), mesyuarat permohonan murid prasekolah untuk tahun 2021 telah diadakan di pejabat sekolah pada jam 10:30 pagi. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh:
  • Encik Sufian Basri (Guru Besar)
  • Encik Faizal Jarawi (Penolong Kanan Pentadbiran)
  • Encik Barawi Leman (Penolong Kanan HEM)
  • Puan Ruhiyati Idayu Borhan (Guru Prasekolah)
  • Puan Siti Zauwiah Hadzli (Pembantu Pengurusan Murid)
Intipati mesyuarat adalah seperti berikut:
  • Jumlah murid prasekolah yang memohon melalui sistem dalam talian adalah seramai 23 orang.
  • Dua orang murid lewat memohon secara dalam talian tetapi sudah memohon secara manual.
  • Pengesahan kemasukan dilakukan secara dalam talian. Memandangkan 2 orang murid tersebut lewat memohon maka permohonan dilakukan pada tahun hadapan.
  • Kepentingan diberikan kepada murid yang berusia 6 tahun.
  • Sebarang pengurusan permohonan dan pendaftaran murid prasekolah sudah dijelaskan oleh pembantu pengurusan murid kepada ibu bapa penjaga.
  • Peruntukan PCG mengikut enrolmen murid tahun sebelumnya. Peruntukan seorang murid adalah RM100. Tetapi peruntukan ini belum ditentukan untuk tahun hadapan kerana menunggu permohonan murid yang lewat memohon.
  • Turut dibincangkan, sekiranya 23 orang murid yang sudah memohon tidak mendaftar diri sebelum sesi sekolah bermula, nama tersebut akan dibuang dengan serta-merta tanpa mengira usia, keutamaan diberikan kepada murid yang mendaftar pada tarikh yang ditetapkan sebelum sesi persekolahan tahun hadapan bermula. Ia bertujuan untuk mengelakkan kelewatan penyerahan data dan memudahkan pengurusan enrolmen JPNS.
Mesyuarat ini selesai pada 11:00 pagi. Salinan murid yang sudah memohon secara dalam talian diserahkan kepada guru besar sebagai rujukan pentadbiran.

Lampiran Gambar:






Aktiviti Persiapan Pembukaan Semula Sekolah

Pihak SK Sambir telah menjalankan kerja pemasangan paip dan sinki di kawasan yang sesuai bermula dari 9 Julai 2020 sebagai persiapan untuk pembukaan semula sekolah pada 15 Julai 2020. Kerja-kerja pemasangan itu merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk memastikan kebersihan murid dan guru sepanjang sesi persekolahan berlangsung dan ia juga langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda sepenuhnya di Malaysia.

Selain dari kerja pemasangan paip dan sinki sementara, kain rentang kempen menjaga kebersihan juga turut digantung sebagai peringatan bersama sepanjang berada di sekolah.  Nombor telefon klinik kesihatan dan hospital juga turut dipasang di bilik isolasi sebagai langkah berjaga-jaga. 

Diharap seluruh warga sekolah dapat memberi kerjasama dan membantu mencegah penularan wabak Covid-19 bersama-sama.

Lampiran Gambar: 




@sksambir2020

Kunjungan PPD Samarahan Kali Ke-2 2020

Pada 14 Julai 2020 (Selasa), SK Sambir menerima kunjungan daripada pihak PPD Samarahan. Pegawai yang hadir adalah seperti berikut:
  • Ismailia Ishak (Penolong PPD Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)
  • Jublin Nanang (Penolong PPD Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan)
Untuk kunjungan kali ini, pihak PPD Samarahan melihat perkembangan pengurusan persediaan pembukaan sekolah semula iaitu kemudahan fasiliti kebersihan, bilik isolasi, keadaan keselamatan di prasekolah dan seluruh kawasan sekolah. Dalam masa yang sama, perihal jadual waktu juga dibincangkan mengikut kesesuaian dan pematuhan SOP dalam tempoh PKPP.

Lampiran Gambar:




@sksambir2020

Lawatan Tapak Pihak JKR dan PPD Untuk Projek Sekolah Daif

Pada 13 Julai 2020 (Isnin), pihak Jabatan Kerja Raya bahagian Samarahan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Samarahan telah berkunjung ke SK Sambir untuk lawatan tapak bagi projek baikpulih sekolah daif. Senarai nama pegawai pihak PPD Samarahan dan pihak JKR adalah seperti berikut:

  • Azlan Sebri (jurutera awam JKR SRO)
  • Wahab Anong (penolong jurutera JKR SRO)
  • Mohamad Azri Hasan (penolong jurutera JKR SRO)
  • Chin Khin Siang (kontraktor SKT Construction Company)
  • Andrew Chin (Pengurus Projek)
  • Fatimah Matjri (pegawai PPD Samarahan)
Menerusi lawatan tersebut, pihak JKR membentangkan pelan projek baikpulih, anggaran tarikh dan reka bentuk bangunan baharu sekolah di pejabat sekolah. Dalam masa yang sama, pihak JKR dan PPD juga melihat struktur bangunan sekolah yang sedia ada bagi mengenalpasti masalah yang berkaitan. Pihak Sarawak Energy juga turut hadir semalam untuk melihat keadaan penyambungan kabel elektrik.

Sepanjang lawatan tapak diadakan, Guru Besar SK Sambir, Encik Sufian Basri dan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Faizal Jarawi telah membantu untuk memberi sebarang informasi yang diperlukan.

Lampiran Gambar:





@sksambir2020

Thursday, 2 July 2020

Taklimat Pengurusan Covid-19 SK Sambir

Pada 2 Julai 2020 (Khamis), taklimat diadakan di bilik guru berkenaan dengan pengurusan Covid-19 sebelum sesi pembukaan semula sekolah. Taklimat bermula pada jam 9 pagi bersama pentadbir, guru-guru dan staf sokongan.

Antara intipati taklimat ialah:

  • Bangunan: projek bangunan sekolah baru dimulakan pada 8 Julai 2020. Guru Besar telah dipanggil ke PPD untuk urusan perbincangan dengan pihak JKR. Berek lama sekolah juga turut dirobohkan agar projek bina semula dapat dijalankan secara serentak.
  • Perubahan kedudukan kelas: ruang kelas perlu dioptimumkan, jarak 1 meter diukur secara body to body. Penggunaan faceshield di kalangan murid juga tidak diberatkan. Ruang prasekolah juga perlu dioptimumkan, jangan keluarkan meja dan kerusi dari ruang kelas kerana murid tidak boleh duduk di atas lantai semasa PdP berlangsung.
  • Sesi persekolahan: Sesi persekolahan Tahun 5 dan 6 bermula pada 15 Julai 2020 dan Tahun 1 sehingga 4 pada 23 Julai 2020. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa bahawa tiada penggiliran sesi, hanya satu sesi saja menggunakan model 1.
  • Peruntukan RM13 juta
  • Takwim persekolahan: pihak sekolah perlu habiskan 170 hari sebelum cuti sekolah.
  • Cuti peristiwa : dimohon sehari sebelum Raya Haji, belum pasti sama ada secara automatik atau hantar permohonan.
  • Bilik Darjah: MKN mengumumkan 250 orang untuk perhimpunan. Tapi pihak sekolah sebaiknya jangan mengadakan perhimpunan walaupun jumlah murid seramai 161 orang.
  • Siar raya: Dua pembesar suara akan diletakkan di tempat yang disediakan, diuruskan oleh En. Zuraimi Sulong untuk tujuan pengumuman di sekolah.
  • Bilik guru: Jarak 1 meter dikekalkan, guru makan di bilik guru. Home based learning masih boleh diteruskan.
  • Proses sanitasi: Kelas perlu sentiasa disanitasi, pekerja swasta akan menguruskan proses tersebut apabila sesi sekolah selesai. Prasekolah juga boleh memohon bantuan pekerja swasta untuk urusan tersebut.
  • Aktiviti sukan: Dibenarkan tapi tidak boleh ada sentuhan fizikal.
  • Bekerja Dari Rumah: BDR boleh dimohon tapi bukan sepanjang masa, perlu bergilir dengan pasangan masing-masing. Maklumkan permohonan BDR lebih awal kepada Puan Nora Endo (PT), kehadiran diambil sebelum pukul 10 pagi. Hantar borang BDR ke pejabat sekolah apabila hadir ke sekolah pada hari berikutnya.
  • Persekolahan Model 1: Guru-guru diminta ke kelas untuk kemas semula kedudukan kerusi meja, pemilihan model 1 ini telah ditetapkan oleh pihak PPD.
Taklimat ini selesai dan bersurai pada 09:30 pagi.

@sksambir2020

Wednesday, 1 July 2020

MAKLUMAN: Pematuhan Pemeriksaan Kesihatan SK Sambir

Bermulanya 24 Jun 2020, SK Sambir telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan kepada warga sekolah yang datang ke sekolah. Ia juga dilaksanakan ke atas bukan warga sekolah yang memasuki kawasan sekolah.

Pematuhan pemeriksaan kesihatan berdasarkan SOP adalah seperti berikut:
  • Beratur untuk pemeriksaan suhu badan (di pondok pengawal)
  • Membersihkan tangan dengan cecair sanitasi yang disediakan.
  • Mengimbas QR Code MySejahtera (terkini) di pintu masuk sekolah sebelum memasuki kawasan sekolah. Sila muat turun aplikasi MySejahtera untuk memudahkan urusan anda.
Diingatkan supaya warga sekolah atau sesiapa yang memasuki kawasan sekolah dalam keadaan sihat, tidak bergejala dan memakai pelitup muka jika memerlukan. Juga diingatkan supaya mematuhi pemeriksaan kesihatan di pintu masuk. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sama-sama kita membanteras penularan Covid-19.




@sksambir2020

Sesi Pembukaan Semula Prasekolah 2020

Pada 01 Julai 2020 (Rabu), prasekolah di Prasekolah Kasih SK Sambir beroperasi untuk sesi pembukaan semula prasekolah 2020. Pembukaan semula prasekolah selaras dengan saranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak berhasrat untuk menangguhkan perkara tersebut ke tarikh yang lain.

Pembukaan semula prasekolah merupakan proses awal untuk membenarkan institusi pendidikan beroperasi semula secara berperingkat. Pembukaan semula prasekolah merupakan usaha KPM untuk membantu ibu bapa bekerja agar mudah kembali ke tempat kerja kerana anak-anak bersekolah di prasekolah kembali belajar di sekolah. 

Untuk Prasekolah Kasih SK Sambir, guru prasekolah iaitu Puan Ruhiyati Idayu Binti Borhan dan pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah Binti Hadzli menguruskan kumpulan pertama yang hadir pada hari pertama pembukaan semula prasekolah. Kumpulan pertama terdiri daripada murid prasekolah 6 tahun seramai 15 orang tetapi hanya 11 orang saja yang hadir kerana ibu bapa penjaga yang lain belum bersedia untuk membenarkan anak mereka kembali bersekolah. Perkara ini juga telah dinyatakan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri menerusi taklimat pada 30 Jun 2020 iaitu tiada paksaan murid-murid untuk hadir ke sekolah kerana keutamaan sesi persekolahan ialah keselamatan murid dan bukannya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Untuk kumpulan kedua iaitu murid prasekolah 5 tahun, sesi mereka bermula pada keesokan harinya iaitu 2 Julai 2020.

Guru Besar juga turut menyarankan supaya mana-mana guru yang berkelapangan dan hadir awal ke sekolah membantu unit prasekolah setiap pagi agar urusan prasekolah berjalan dengan lancar. Murid-murid duduk mengikut jarak yang telah ditetapkan dan sentiasa diingatkan untuk mematuhi peraturan. 

Lampiran Gambar:












@sksambir2020