Pada 19 Mei 2020 (Selasa), pihak Bomba dari balai bomba Asajaya telah mengadakan aktiviti sanitasi di Prasekolah Kasih, SK Sambir. Aktiviti sanitasi itu bertujuan untuk memastikan keadaan premis (prasekolah) dalam keadaan bersih dan mematuhi prosedur piawaian kebersihan atau SOP. Aktiviti sanitasi itu merupakan usaha untuk mengekang penularan virus Covid-19 yang sedang merebak di seluruh dunia dan menyebabkan kematian. Aktiviti sanitasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Encik Saiful Ismail Bin Osman.
Antara lokasi yang telah disanitasi oleh pihak bomba ialah:- Luar bangunan prasekolah
- Dalam bangunan prasekolah
- Di sekeliling pagar prasekolah
Aktiviti tersebut dipantau oleh pembantu pengurusan murid yang bertugas, Puan Siti Zauwiah Hadzli. Aktiviti sanitasi dimulakan pada sebelah pagi dan berakhir sebelum tengah hari.
Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:
@sksambir2020
No comments:
Post a Comment