Pada 17 Jun 2020 (Rabu), SK Sambir telah menerima lawatan dari pegawai PPD Samarahan. Pegawai yang hadir ke SK Sambir ialah Encik Ismaili Ishah dan Encik Jublin Nanang dari Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan PPD Samarahan.
Antara objektif lawatan tersebut adalah:
- memantau jadual kelas murid apabila sekolah dibuka kelak
- melihat keadaan sekeliling sekolah dari aspek fasiliti
- memastikan sekolah dalam keadaan bersedia untuk memulakan sesi persekolahan semula
Dalam masa yang sama, unit HEM juga berurusan dengan pihak PPD untuk urusan persiapan sekolah dan murid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2020.
Urusan sesi persekolahan, jadual murid dan jadual mengajar guru juga turut dibincangkan dan akan dikemaskini oleh unit Korikulum dari semasa ke semasa
Seterusnya, lawatan diteruskan ke unit Prasekolah bagi memastikan keadaan di prasekolah dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk menerima kedatangan murid semula.
Lampiran Gambar:
@sksambir2020
No comments:
Post a Comment