Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 6 February 2020

Taklimat Program Merentas Desa 2020

Pada 4 Februari 2020 (Selasa), taklimat program merentas desa telah diadakan di bilik guru SK Sambir bagi urusan jawatankuasa, atur cara dan aktiviti lain. Taklimat disampaikan oleh Cikgu Mohd. Nazrin bin Saridu selaku setiausaha kokurikulum. Antara perkara yang turut dibincangkan ialah: 
  • keselamatan murid sepanjang program berlangsung
  • laluan yang digunakan untuk merentas desa
  • agihan tugas bagi pentadbir, guru dan AKP
  • aktiviti lain sekiranya cuaca tidak mengizinkan.
Setelah tamat taklimat, mesyuarat staf diadakan, disampaikan oleh guru besar bagi membincangkan hal-hal berikut:
  • jadual kelas tambahan murid Tahun 5 dan Tahun 6
  • penggunaan peralatan ICT untuk pdpc
  • pemilihan warna pakaian bagi pengawas sekolah
  • pemilihan bendahari PIBG baru
  • program hafalan sifir murid
@sksambir2020

No comments:

Post a Comment