Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 5 February 2020

Pertandingan Bola Jaring Zon Asajaya

Pada 05 Februari 2020 (Rabu), pertandingan bola jaring zon Asajaya telah diadakan di Dewan Tan Sri Datuk Amar Haji Abg. Ikhwan Zaini. SK Sambir telah menghantar 12 orang murid perempuan yang dilatih oleh Ustazah Sabariah Binti Ahmad selaku jurulatih bola jaring dan turut diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohamad Ali Yusup.

Atur cara pertandingan adalah seperti berikut:
  • 7:15 pagi- Ketibaan peserta
  • 07:30 pagi- Pendaftaran peserta
  • 08:00 pagi: Taklimat pengadil dan penghakiman
  • 08:15 pagi- Permainan bola jaring bermula
  • 15:00 petang- Penyampaian hadiah
  • 15:30 petang- Bersurai
Menerusi pertandingan ini, pasukan SK Sambir tidak mendapat tempat. Walau bagaimanapun, diharap pasukan bola jaring SK Sambir memperoleh pengalaman berharga melalui pertandingan ini dan memperbaiki corak permainan mereka di masa akan datang.

Dalam masa yang sama, dua orang murid dari pasukan SK Sambir telah dipilih untuk membentuk pasukan bola jaring yang akan mewakili zon Asajaya ke peringkat seterusnya. Tahniah kepada Annisa Najwa dan Najihah Hudzwah, murid Tahun 6 yang dipilih. 









@sksambir2020

No comments:

Post a Comment