Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 10 February 2020

Program Merentas Desa SK Sambir 2020

Pada 7 Februari 2020 (Jumaat), unit kokurikulum SK Sambir telah mengadakan Program Merentas Desa yang disertai oleh murid aliran perdana. Cikgu Mohd. Nazrin selaku setiausaha unit kokurikulum memberi taklimat ringkas sebelum bermulanya program. Antara aktiviti yang diadakan sebelum program bermula ialah
  • murid-murid berkumpul.
  • sesi regangan/senaman yang dipimpin oleh Cikgu Saharil.
  • pembahagian murid mengikut kategori (Lelaki Tahun 6 & 5, Perempuan Tahun 6 & 5, Lelaki Tahun 4 & 3, Perempuan Tahun 4 & 3, Lelaki/Perempuan Tahun 2 & 1).
Murid-murid prasekolah hanya terlibat pada sesi regangan sahaja dan seterusnya program bermula sekitar jam 8:30 pagi. Semua murid melalui laluan kampung dan seterusnya ke jalan belakang (jalan Kampung Sebandi Matang) kecuali murid Lelaki/Perempuan Tahun 2 & 1 yang berlari sehingga ke bahagian jambatan Kampung Sambir dan kembali semula ke sekolah.

Guru-guru yang bertanggungjawab di bahagian checkpoint ialah:
  • Cikgu Mohd. Nazrin
  • Cikgu Othman
  • Cikgu Abang Mohd. Syukur
  • Ustaz Mohd. Nazrulah
Guru yang bertanggungjawab mencatat keputusan terbaik murid-murid:
  • Ustazah Mastuyah
  • Ustazah Fauziah
  • Ustazah Salbiah
  • Cikgu Normala
Guru yang bertanggunghjawab mengiringi murid Tahun 1 & 2:
  • Cikgu Cynthia Tella
  • Cikgu Simai
Guru yang bertanggungjawab mengiringi murid Tahun 3 & 4:
  • Cikgu Rhamina
  • Ustazah Saptuyah
Guru yang bertanggungjawab di bahagian pelepasan murid-murid:
  • Cikgu Sufian
  • Cikgu Barawi
  • En. Zuraimi
Syabas dan tahniah kepada semua murid-murid yang ikut serta serta berjaya menamatkan larian.

Gambar sepanjang program berlangsung:


















Murid-murid yang berjaya mendapat tempat dalam kategori masing-masing:






[Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program merentas desa pada tahun ini]







@sksambir2020

No comments:

Post a Comment