Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday, 3 September 2019

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SK Sambir 2019

Pada 30 Ogos 2019 (Jumaat), Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat SK Sambir tahun 2019 telah diadakan di dewan perdana sekolah. Ia merupakan sambutan yang meraikan hari kemerdekaan yang yang jatuh pada hari Sabtu 31 Ogos 2019- bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysiaku Bersih. Menerusi sambutan tersebut, beberapa aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan iaitu: 
  • Pertandingan lagu irama Malaysia murid Tahap 2 (12 penyertaan sahaja)
  • Pertandingan Pakaian Beragam (semua murid)
  • Pertandingan Basikal Berhias (semua murid)
Persembahan yang diadakan pada hari sambutan ialah:
  • Deklamasi sajak dari Penolong Kanan HEM- En. Barawi Bin Leman
  • Deklamasi sajak dari wakil murid- Nuryn Izzati Binti Sifpul Azual (Tahun 6)
  • Persembahan nyanyian dari murid Prasekolah
  • Persembahan koir lagu kebangsaan dari murid Tahun 1 dan 2
Sambutan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri. Untuk sambutan ini, atur cara program adalah seperti berikut:

0730 pagi
- Kehadiran murid
- Pertandingan Basikal Berhias
- Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
- Bacaan doa (adik Muhammad Faiz Bin Abu Samah)
- Ucapan perasmian Guru Besar
- Deklamasi sajak Pen. Kanan HEM
- Pertandingan Pakaian Beragam
- Deklamasi sajak dari wakil murid
- Persembahan prasekolah
- Pertandingan lagu irama Malaysia
- Persembahan murid Tahun 1 dan 2
- Perarakan kemerdekaan
- Penyampaian hadiah
- Bersurai

Jawatankuasa sambutan adalah seperti berikut:


Galeri Sambutan Hari Kemerdekaan SK Sambir 2019


















@sksambir2019

No comments:

Post a Comment