Pada 24 September 2019 (Selasa), bengkel STEM telah diadakan di bilik guru SK Sambir. Bengkel in-house yang disampaikan oleh Puan Cynthia Tella, guru penyelaras Bestari merupakan bengkel yang menerangkan pendidikan STEM yang membawa maksud Science, Technology, Engineering, Mathematics. Untuk peringkat sekolah rendah, fokus utama pendidikan STEM ialah subjek Sains dan Matematik.
Antara perkara yang digariskan dalam bengkel STEM ialah:
- kepentingan pendidikan STEM bermula dari peringkat sekolah rendah
- teknik PdP STEM mengikut pendidikan alaf 21
- pelaksanaan pendidikan STEM
- kaedah yang bersesuaian dengan pendidikan STEM
Pendidikan STEM ditekankan dalam perkembangan akademik murid-murid atas beberapa sebab iaitu:
- memenuhi keperluan kemahiran generasi akan datang yang berasaskan lebih ke arah praktikal berbanding teori.
- murid-murid perlu mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk pemahaman yang lebih berkesan.
- pembelajaran secara latih tubi tidak begitu relevan pada masa kini.
Galeri Bengkel STEM SK Sambir
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment