Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 9 May 2019

Ujian Permata Pintar UKM 1 2019

Pada 15, 16 dan 18 April 2019, aktiviti ujian Permata Pintar UKM 1 dijalankan di Bilik Akses sekolah pada sebelah petang. Ujian Permata Pintar merupakan usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA PINTAR dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga sekolah. Ia telah dijalankan untuk kali yang kedua di SK Sambir dan seramai 8 orang murid dipilih untuk ujian UKM1 tahun ini.
UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk murid-murid yang dijalankan secara atas talian dan ujian ini adalah percuma serta boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi. Murid-murid yang melepasi skor kelayakan akan menduduki UKM2 secara terkawal pada bulan Julai-Ogos dan mereka yang berjaya melepasi skor minima akan mendapat Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1.
Murid-murid yang terpilih dari SK Sambir terdiri daripada murid Tahap 2 dan jadual menduduki ujian atas talian dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
1.    Tahun 6 (15 April 2019- Isnin)
Ujian bermula pada pukul 3 petang-5 petang
Murid yang menduduki ujian UKM1:
·         Muhammad Faiz Bin Abu Samah
·         Muhamad Qayyum Aniq Bin Marzatilaswat
·         Al-Badrul Bin Mohamad
2.    Tahun 6 (16 April 2019- Selasa)
Ujian bermula pada pukul 2:30 petang-5 petang
Murid yang menduduki ujian UKM1:
·         Nur Shazliyana binti Musa
3.    Tahun 5 (18 April 2019- Khamis)
Ujian bermula pada pukul 2:30 petang-5 petang
Murid yang menduduki ujian UKM1:
·         Nurulain Nasuha Binti Jamahari
·         Najihah Hudzwah Binti Zainuddin
·         Nursabarina Binti Uda

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:

Sepanjang ujian dijalankan, ia telah dipantau oleh juruteknik komputer yang bertugas, Cik Nur Azshieldha Sahran dan nama murid yang mengikuti ujian telah dipilih oleh Guru Penyelaras Bestari, Puan Cynthia Tella.

@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment