Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 2 May 2019

Kunjung Bantu Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah PPD Samarahan

Pada 25 April 2019 (Khamis), pihak PPD Samarahan telah menghantar En. Shbini Saini dan Dr. Narahan ke SK Sambir untuk perbinangan berkaitan aktiviti Kunjung Bantu Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bersama guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap 1.

Menerusi aktiviti Kunjung Bantu Pelaksanaan PBD, ia merupakan satu sesi lawatan yang melibatkan semua sekolah rendah dan pegawai seranta di daerah Samaraha. Tujuan utama aktiviti tersebut ialah:
  • mengenalpasti sejauh mana pelaksanaan pentaksiran dan isu-isu permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah.
  • dapatan dari hasil kunjung bantu ini akan digunakan sebagai penanda aras dan titik tolak untuk melaksanakan intervensi berterusan.
Guru yang dipantau ketika aktiviti Kunjung Bantu ialah:
  • Puan Ya'ana@Yakna Binti Drahman (Guru Bahasa Melayu Tahap 1)
  • Puan Cynthia Tella (Guru Bahasa Inggeris Tahap 2)





@sksambir2019

No comments:

Post a Comment