Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday, 2 May 2019

Kempen Mencuci Tangan 2019

Pada 30 April 2019 (Selasa), Kempen Mencuci Tangan 2019 telah diadakan di SK Sambir. Kempen tersebut sepatutnya melibatkan murid Tahun 1 tapi pihak sekolah turut melibatkan murid Tahun 2 sehingga Tahun 6 sebagai aktiviti memupuk kebersihan diri di kalangan murid-murid.  Kempen ini merupakan usaha pihak Malaysia Book of Record untuk aktiviti murid teramai membersihkan tangan  secara serentak pada jam 10 pagi di seluruh negara.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Nasional negeri iaitu A. Sivanesan, kempen ini bermanfaat dalam usaha pencegahan awal penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin menular di negara ini. Oleh yang demikian, amalan mencuci tangan ini tidak terhad kepada murid tahun satu saja tapi akan diperluaskan agar kempen ini menjadi satu budaya.

Aktiviti ini di bawah kelolaan Unit HEM iaitu En. Barawi Leman, turut melibatkan semua guru dan kakitangan sekolah.












@sksambir2019

No comments:

Post a Comment