Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 21 May 2019

Taklimat Menu Susu Tambahan

Pada 21 Mei 2019 (Selasa), taklimat menu susu tambahan bersama kontraktor RMT iaitu Azim Enterprise telah diadakan di pejabat sekolah. Menu susu tambahan merupakan program Kementerian Pendidikan di bawah Rancangan Makanan Tambahan sekolah dan ia dilaksanakan untuk murid daripada keluarga berpendapatan rendah agar mendapat makanan seimbang di sekolah.

Susu tambahan juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. 

Taklimat ini di bawah pengurusan unit hal ehwal murid iaitu En. Barawi Bin Leman selaku Penolong Kanan HEM, dibantu oleh pembantu tadbir sekolah, Puan Nora Binti Endo, serta dipantau oleh guru besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri.




@sksambir2019

No comments:

Post a Comment