Thursday, 31 May 2018
Monday, 21 May 2018
Sukaneka Hari Guru 2018
Bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2018 peringkat sekolah, SK Sambir telah menganjurkan sukaneka yang disertai oleh guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana. Sukaneka tersebut dikendalikan oleh Ustazah Sabariah Ahmad manakala pertandingan petanque pula dikendalikan oleh Encik Zuraimi Sulong. Aktiviti tersebut diadakan bagi mengikat tali silaturrahim dan mewujudkan suasana mesra serta cergas antara warga sekolah.
Untuk aktiviti sukaneka, ia dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
- Menguntai manik
- Hantar gelung getah menggunakan batang straw
- Isi air dalam botol
Secara keseluruhan, keputusan sukaneka hari guru adalah seperti berikut:
- Tempat pertama- kumpulan Cikgu Junaidi
- Tempat kedua- kumpulan Cikgu Arifin
- Tempat ketiga- kumpulan En. Zuraimi
- Tempat keempat- kumpulan GB
Menerusi pertandingan petanque yang diadakan selepas aktiviti sukaneka, setiap kumpulan disertai oleh dua orang ahli dan perlawanan antara kumpulan merupakan perlawanan kalah mati. Pertandingan petanque berakhir pada jam 5 petang dan tempat pertama petanque telah disandang oleh kumpulan baru. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
- Tempat pertama- Cikgu Abg. Mohd. Syukur Abg. Husaini dan En. Syukor Hamdan
- Tempat kedua- En. Zuraimi Sulong dan Puan Latifah Gok
- Tempat ketiga- Cikgu Mohamad Ali Yusop dan Pn. Nora Endo
Tahniah kepada semua yang menyertai aktiviti Hari Guru 2018!
Galeri Sukaneka dan Petanque Hari Guru 2018
@sksambir2018
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sambir 2018
Pada 16 Mei 2018 (Rabu), sambutan Hari Guru peringkat SK Sambir telah diadakan di dewan terbuka. Sambutan tersebut dihadiri oleh semua murid, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, pekerja swasta dan pekerja kawalan keselamatan. Sambutan ini diadakan secara sederhana tetapi meriah, dihadiri oleh wakil PIBG iaitu Encik Ikhwan Bin Busenak. Pada hari itu juga, pihak sekolah telah menjemput tetamu istimewa iaitu pesara guru yang pernah berkhidmat di SK Sambir pada era 70an iaitu Cikgu Ahmad Bin Bongom. Beliau masih berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris untuk kelas persediaan peperiksaan Tahun 6 secara sukarela.
Bertemakan 'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan', sambutan ini merupakan hari meraikan perubahan dalam sistem pendidikan yang dipacu oleh guru-guru dalam pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid. Untuk sambutan pada tahun ini, ia dikendalikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Mohamad Ali Yusop dan persiapan pentas diuruskan oleh Cikgu Rhamina Austine Tinggie.
Aturcara program adalah seperti berikut:
8:00 pagi- guru dan murid berkumpul, sesi bersalaman
8:15 pagi- majlis bermula (bacaan doa, penyampaian perutusan hari guru, ucapan hari guru, persembahan, pertukaran hadiah, penyampaian hadiah dan jersi sukan & jamuan)
11:00 pagi- sukaneka bermula
12:00 tengah hari- pertandingan petanque bermula
Aturcara program adalah seperti berikut:
8:00 pagi- guru dan murid berkumpul, sesi bersalaman
8:15 pagi- majlis bermula (bacaan doa, penyampaian perutusan hari guru, ucapan hari guru, persembahan, pertukaran hadiah, penyampaian hadiah dan jersi sukan & jamuan)
11:00 pagi- sukaneka bermula
12:00 tengah hari- pertandingan petanque bermula
Galeri Sambutan Hari Guru SK Sambir 2018
Sesi bersalaman dengan guru-guru
Ucapan hari guru daripada guru besar SK Sambir
En. Issnu bin Dollah dan wakil PIBG,
En. Ikhwan bin Busenak
En. Ikhwan bin Busenak
Nyanyian lagu hari guru iaitu Kami Guru Malaysia
dan Pendidik Bumi Kenyalang, serta bacaan ikrar
hari guru yang diketuai oleh Cikgu Mohamad Ali
Yusup, PKKK SK Sambir
Sesi bertukar hadiah antara guru. AKP, pekerja
swasta dan pekerja kawalan keselamatan
Penyampaian hadiah hari guru daripada
murid-murid dan persembahan murid
Juga penyerahan hadiah untuk pasukan
Choral Speaking sekolah yang memenangi
tempat ke-3
murid-murid dan persembahan murid
Juga penyerahan hadiah untuk pasukan
Choral Speaking sekolah yang memenangi
tempat ke-3
Penyerahan jersi sukan kepada
pasukan bola sepak SK Sambir
pasukan bola sepak SK Sambir
Sesi bergambar untuk sambutan hari guru 2018
@sksambir2018
Tuesday, 15 May 2018
Choral Speaking Competition Peringkat Samarahan 2018
Pada 14 Mei 2018 (Isnin), Choral Speaking Competition telah berlangsung di Dewan Terbuka, SK Sambir dan disertai oleh 5 pasukan yang terdiri daripada 5 buah sekolah iaitu:
- SK (A) Ibnu Khaldun
- SK Tambay
- SK Jalan Muara Tuang
- SK Sambir
- SK Asajaya Laut
Tajuk Choral Speaking beserta conductor adalah seperti berikut:
- The Benefits of Reading (SK Asajaya Laut)- Ayu Adryana Binti Nazri
- Our Sports Day (SK Sambir)- Rabi'atul 'Adawiyah Binti Mohtar
- Health is Wealth (SK Tambay)- Ayu Ratna Binti Dahlan
- We Love Our Teachers (SK Jalan Muara Tuang)- Connynelissa Senny
- We Love English (SKA Ibnu Khaldun)- Sharifah Sajidah binti Wan Ismail
Pada tahun ini, tidak banyak penyertaan dari sekolah-sekolah yang lain. Koordinator untuk pertandingan tahun ini diuruskan oleh Puan Cynthia Tella dan pasukan Choral Speaking SK Sambir terdiri daripada 35 orang murid. Juri jemputan untuk pertandingan kali ini ialah Puan Nurul Ashikin dari SK Pendam dan Puan Marina Noyou Yup dari SK Mata Parang manakala tetamu jemputan dari PPD Samarahan ialah Puan Rosita Lynda Boniface.
Memetik ucapan dari Puan Rosita Lynda mengenai penganjuran Choral Speaking Competition, beliau menyatakan beberapa perkara seperti kepentingan aktiviti kokurikulum untuk murid-murid sebagai latihan pembelajaran di luar kelas. Aktiviti choral speaking merupakan sebahagian daripada Highly Immersive Program dan bakat murid-murid perlu diasah bagi meningkatkan lagi kebolehan murid dalam berbahasa Inggeris. Pada akhir ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat dan menyatakan bahawa 'none of you are loser, everyone is a champion.'
Keputusan akhir untuk Choral Speaking Competition 2018 pada tahun ini ialah:
- Tempat Pertama- SK Jalan Muara Tuang
- Tempat Kedua- SK Tambay
- Tempat Ketiga- SK Sambir
- Best Conductor- Ayu Ratna Binti Dahlan (SK Tambay)
Galeri Choral Speaking Samarahan District Level 2018
Suasana di sekitar dewan terbuka SK Sambir
Persembahan dimulakan dengan pasukan SK Asajaya Laut
SK Sambir merupakan pasukan kedua yang membuat persembahan
SK Tambay selaku pasukan ketiga
Persembahan menarik dari SK Jalan Muara Tuang
Pasukan terakhir yang membuat persembahan iaitu dari SK (A) Ibnu Khaldun
Ucapan daripada Guru Besar SK Sambir dan wakil PPD Samarahan
Juri yang bertugas untuk pertandingan tahun ini
Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK Asajaya Laut
Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK Sambir
Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK Tambay
Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK Jalan Muara Tuang
Penyampaian sijil penyertaan kepada pasukan SK(A) Ibnu Khaldun
Best Conductor- Ayu Ratna Binti Dahlan dari SK Tambay
Tempat ketiga: Pasukan SK Sambir
Tempat kedua: Pasukan SK Tambay
Tempat Pertama: Pasukan SK Jalan Muara Tuang
Monday, 14 May 2018
Junior Innovate 2018 TTT Session
Pada 12 Mei 2018 (Sabtu), SK Sambir menerima undangan untuk menyertai Junior Innovate 2018 Train-the-Trainer daripada Chumbaka Team. Chumbaka merupakan program pembelajaran secara inovasi dan teknologi yang menggalakkan pelajar untuk meneroka teknik pembelajaran alaf 21 melalui 3 kaedah iaitu:
- project-based
- real-life projects
- competition
Junior Innovate diadakan di City Square dan dihadiri oleh murid Tahun 4, 5 dan 6. Selain SK Sambir, ia juga disertai oleh 19 buah sekolah lain seperti Lodge Primary School, SK Rakyat, SK Green Road, SK. St. Teresa dan juga Tunku Putra School yang aktif dalam pembelajaran STEM iaitu pendidikan berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Program inovasi seperti ini merupakan pendedahan baru bagi murid-murid SK Sambir.
Agenda untuk hari pertama ialah:
- Pengenalan terhadap Train-the-Trainer
- Projek Arduino menggunakan perisian Scratch
- Pendidikan Alaf 21
Pada 13 Mei 2018 (Ahad), dua orang guru SK Sambir dijemput untuk meneruskan sesi Train-the-Trainer bagi melatih guru-guru dalam teknik pembelajaran alaf 21. Guru yang dipilih untuk sesi TTT ialah Puan Normala Sapiee dan En. Mohd. Nazrin Saridu. Pendedahan mengenai Junior Innovate kepada murid-murid pada hari sebelumnya disambung pada hari kedua iaitu:
- Pengenalan terhadap live storytelling
- Projek Arduino menggunakan perisian Scratch
- Live storytelling, mentoring skills dan penerangan mengenai Junior Innovate.
Galeri Junior Innovate 2018 TTT Session
@sksambir2018
Subscribe to:
Posts (Atom)