Pada 25 April 2017 (Selasa), guru-guru pendidikan Islam SK Sambir telah menganjurkan ceramah Israk dan Mikraj. Ceramah ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai peristiwa Israk dan Mikraj di kalangan murid-murid dan membuka peluang kepada murid untuk melibatkan diri dengan ceramah tersebut melalui beberapa soalan kuiz. Penceramah jemputan dari PPD Samarahan iaitu Ustaz Yazid Rajali telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai Israk dan Mikraj yang jatuh pada hari sebelumnya, 24 April 2017.
Tentatif program ceramah Israk dan Mikraj adalah seperti berikut:
0820 pagi: Penceramah jemputan tiba
0830 pagi: Sedikit kata-kata aluan dari GB SK Sambir
0835 pagi: Ceramah bermula
0900 pagi: Sesi kuiz berlangsung
1000 pagi: Ceramah selesai.
Galeri Ceramah Israk dan Mikraj
Penceramah jemputan mencatat kehadiran di
dalam buku tetamu
GB SK Sambir memberi kata-kata aluan
Ustaz Yazid Rajali memulakan sesi ceramah
Nur Ekin Batrisyia, murid Tahun 6 menerima hadiah
dari pihak sekolah untuk soalan kuiz yang berjaya
dijawab.
Salah seorang murid yang bertuah menerima hadiah
wang tunai dari penceramah jemputan.
Seorang lagi murid yang berjaya menjawab soalan
kuiz dan menerima hadiah dari pihak sekolah.
Sesi penyerahan cenderahati kepada penceramah
jemputan yang sudi hadir.
@sksambir2017