Pada hari Khamis 10 November 2016, Klinik Kesihatan Sambir telah mengadakan program Produktif Remaja bersama pelajar Tahun 5 dan 6 di makmal komputer SK Sambir. Program tersebut mendedahkan kepada pelajar tentang kesihatan, pemakanan dan juga mengenai penjagaan diri. Pelbagai aktiviti diadakan oleh pihak klinik yang dibantu oleh para jururawat dan diharapkan agar program tersebut dapat memberi pendedahan baru kepada para pelajar terlibat.
Galeri Program Produktif Remaja 2016
@sks2016
No comments:
Post a Comment