Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday, 29 November 2016

Majlis Penyerahan Keputusan UPSR 2016

Pada hari Khamis, 17 November 2016, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Keputusan UPSR 2016 di dewan sekolah. Majlis dimulai dengan sedikit kata-kata dari Penolong Kanan Pentadbiran, En. Hamali Bin Lazem dan juga penyampaian berita gembira tentang kejayaan SK Sambir sebagai sekolah kedua terbaik GPS UPSR Tahun 2016 di peringkat Samarahan. Pada hari tersebut, setiap keputusan pelajar diumumkan oleh En. Arifin Bin Hassan, guru Matematik Tahun 6. Menerusi keputusan UPSR 2016:

  1. Subjek Bahasa Melayu Kertas 1&2 lulus 100%
  2. Subjek Matematik lulus 100%
  3. Subjek Sains lulus 100%
Pelajar-pelajar Tahun 6 yang memperoleh keputusan cemerlang ialah:
  1. Nur Ain Adawiyah Binti Barawi (6A)
  2. Adzharnif Bin Rahman (5A 1B)
  3. Nur Sidqi Najlaa Binti Naruddin (4A 2B)
  4. Azwazila Zawana Binti Mohamad Zaman (2A 4B)

Galeri Majlis Penyerahan Keputusan UPSR 2016

Majlis bermula dengan sedikit pesanan dari 
En. Barawi Bin Leman (Pen. Kanan HEM)

Majlis seterusnya diteruskan dengan sedikit ucapan
dari En. Hamali Lazem (Pen. Kanan Pentadbiran)

Kemudian, majlis diteruskan dengan pengumuman
keputusan UPSR 2016

Adzharnif Bin Rahman, pelajar yang mendapat 5A 1B

Azwazila Zawana Binti Mohamad Zaman, pelajar
yang mendapat 2A 4B


Nur Sidqi Najlaa Binti Naruddin, pelajar
yang mendapat 4A 2B

Nur Ain Adawiyah Binti Barawi, pelajar
yang mendapat 6A


Untuk semua pelajar Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, seluruh warga SK Sambir mengucapkan tanhiah dan syabas di atas kejayaan dan usaha mereka semua.

@sks2016

No comments:

Post a Comment