Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 29 November 2016

Majlis Khatam Al-Quran SK Sambir 2016

Pada hari Rabu, 16 November 2016, SK Sambir telah mengadakan majlis Khatam Al Quran untuk pelajar Tahun 6 Rajin. Majlis tersebut telah  diselia oleh Ustazah Noor Najihah Mohd. Najib dan dua orang tetamu jemputan telah hadir ke majlis tersebut, iaitu Encik Hossen Bin Marip (Ketua Sektor Pendidikan Islam) dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Ustaz Baharom Bin Haji Ahmad (wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan)

Menerusi majlis tersebut, Encik Hossen mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh tenaga kerja yang menjayakan majlis khatam dan berharap agar majlis tersebut dapat diteruskan di masa akan datang. Bukan itu saja, Encik Hossen juga menggalakkan agar majlis ilmiah juga dianjurkan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.

Majlis khatam bermula pada pukul 9 pagi dan ia berakhir pada 11 pagi.


Galeri Majlis Khatam Al Quran SK Sambir 2016

Penolong Kanan Pentadbiran (berbaju ungu) menyambut
kedatangan tetamu jemputan

Majlis khatam bermula

Ibu bapa yang hadir ke majlis

Majlis diiringi dengan zikir dari pelajar Tahun 5

Majlis disokong oleh kumpulan zikir Kampung Sambir



@sks2016

No comments:

Post a Comment