Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 23 April 2018

Pertandingan Poetry Recitation

Pada 19 April 2018 (Khamis), SK Sambir telah menyertai pertandingan Poetry Recitation yang berlangsung di SK Haji Bujang Rangawan Putin. Ia merupakan satu galakan membaca menerusi deklamasi sajak. Pertandingan tersebut bertemakan alam semulajadi (nature) dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah di Samarahan. Dua orang murid telah dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut dan dilatih oleh Cikgu Cynthia Tella. Tajuk sajak dan nama peserta untuk pertandingan tersebut ialah:

Tajuk: Morning at Grandma May (created by Cynthia Tella)
Peserta: 1) Nur Jazmiza Bt. Junaidi/Tahun 5  2) Nurulain Nasuha Bt. Jamahari/Tahun 4

Menerusi pertandingan tersebut markah dinilai dari segi kelancaran/kefasihan, keaslian sajak, penjiwaan, intonasi suara, gaya dan juga ketepatan masa. Setiap peserta diperuntukkan selama 4 minit untuk menyampaikan deklamasi sajak mereka di hadapan juri. Untuk peserta dari SK Sambir, ia merupakan percubaan pertama mereka untuk bertanding di dalam poetry recitation.

Pertandingan Poetry Recitation ini telah dimenangi oleh peserta dari

Johan: SK Sungai Jernang 
Naib Johan: SK Asajaya Laut
Ketiga: SK Haji Kelali Semera

SK Sambir tidak berjaya di dalam pertandingan kali ini. Walau bagaimanapun warga SK Sambir mengucapkan syabas di atas percubaan pertama mereka dan kesungguhan mereka untuk bersaing bersama peserta lain.



 

@sksambir2018

Program IT Week UNIMAS

Pada 18 April 2018 (Rabu), SK Sambir telah berkunjung ke Program IT Week anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berlangsung di Bankuet Zamrud DeTAR UNIMAS. Program tersebut di bawah kendalian Persatuan Teknologi Maklumat (PERTEKMA), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. 

Bagi memenuhi jemputan ke program tersebut, seramai 30 orang murid yang terdiri dari murid Tahap 2  (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) dan 3 orang guru telah mengiringi murid ke Program IT Week. Pelbagai aktiviti dan simulasi telah dipamerkan kepada murid-murid yang hadir seperti:
  • Robotik
  • Eksperimen sains 
  • Pendedahan terhadap komputer
  • Permainan komputer
  • Pameran/bengkel dsb

Program ini juga merupakan satu pendedahan awal murid kepada dunia teknologi dan bagaimana teknologi telah berkembang sehingga menjadi faktor utama di dalam pembangunan pendidikan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Program IT Week berlangsung.










@sksambir2018

Thursday, 12 April 2018

Pertandingan Bola Jaring 2018

Pada 11 April 2018 (Rabu), SK Sambir telah menyertai pertandingan bola jaring yang dianjurkan oleh SK Sebandi Ulu. Ia merupakan percubaan pertama sekolah menghantar pasukan bola jaring untuk bertanding. Pasukan SK Sambir terdiri daripada murid perempuan Tahap 2 dan dilatih oleh Ustazah Sabariah Ahmad.

Untuk perlawanan pertama, pasukan bola jaring SK Sambir bertemu dengan SK Serpan. SK Sambir berjaya mengalahkan pasukan SK Serpan dan mara untuk perlawanan seterusnya. Untuk perlawanan kedua, SK Sambir bertemu dengan SK Sebandi. SK Sambir kalah pada perlawanan kedua. Pada perlawanan ketiga juga SK Sambir gagal mendapat skor.

Walau bagaimanapun, warga SK Sambir mengucapkan syabas kerana pasukan bola jaring telah berusaha sebaik mungkin dan percubaan pertama tersebut akan menjadi rujukan pasukan di masa akan datang.


@sksambir2018

Pertandingan Bercerita Tahap 2 2018



Pada 11 April 2018 (Rabu), SK Haji Bujang Rangawan Putin telah menganjurkan Pertandingan Bercerita Tahap 2 yang disertai oleh murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dari 32 buah sekolah rendah di kawasan Samarahan. SK Sambir telah menghantar seorang peserta dari Tahun 5 iaitu Nur Jazmiza dan diiringi oleh guru pengiring, Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor.

Menerusi pertandingan tersebut, peserta dinilai dari sudut kefasihan/kelancaran, nilai moral, ekspresi muka, penjiwaan, intonasi suara dan pergerakan tangan. SK Sambir mendapat tempat ke-4 dan menerima hadiah saguhati. Warga SK Sambir mengucapkan tahniah kepada Nur Jazmiza di atas usahanya.

Keputusan akhir pertandingan bercerita bagi Tahap 2 adalah seperti berikut:

  1. Johan: SK Haji Bujang Rangawan Putin
  2. Naib Johan: SK Kampung Melayu
  3. Ketiga: SJKC Semera
  4. Saguhati: SK Sambir




@sksambir2018

Wednesday, 11 April 2018

Program Kem Membaca 1Malaysia 2018

Program Kem Membaca 1 Malaysia merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia telah dijalankan di SK Sambir bermula dari lewat bulan Mac sehingga bulan April. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengukuhkan budaya membaca di kalangan murid-murid melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan.  Matlamat program ini dilancarkan ialah untuk menanam minat membaca di kalangan murid-murid dan memupuk pengetahuan murid tentang kepentingan pusat sumber sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. 

Antara objektif program KM1M diadakan ialah:
  • Mengisi masa lapang murid-murid
  • Menggalakkan aktiviti membaca secara berterusan
  • Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat rujukan membaca
Menerusi program ini, pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan KM1M selain dari membaca 15 minit iaitu:
  • Jom Baca- menerusi Reading Corner yang disediakan di setiap kelas.
  • Teka Silang Kata- aktiviti di bawah anjuran panitia.
  • Poem- aktiviti kelas
  • Buku skrap- di bawah Program Imersif Tinggi (HIP) yang dibahagikan kepada 3 tema iaitu animal untuk Tahun 6, traditional food untuk Tahun 5 dan traditional games untuk Tahun 4.
  • Choral speaking
  • Pertandingan bercerita- pertandingan yang disertai oleh peserta sekolah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bercerita kisah Al Quran (disertai oleh Rabiatul Adawiyah murid Tahun 6 untuk MTQSS), bercerita Tahap 1 (disertai oleh Damia Qurratuaini murid Tahun 3 untuk pertandingan bercerita di SK Meranek) dan bercerita Tahap 2 (disertai oleh Nur Jazmiza murid Tahun 5 untuk pertandingan bercerita SK Haji Bujang Rangawan Putin).
  • Melukis poster- contoh gambar diambil dari kulit buku yang telah dibaca oleh murid-murid.
  • Buku skrap- literature activity untuk Tahun 4 menerusi bahan bacaan mereka.
  • Buku skrap Bahasa Arab
  • Aktiviti membaca 15 minit- seluruh warga sekolah sama-sama membaca pada waktu perhimpunan pada Rabu lepas (04 April 2018) dan murid-murid yang dipilih akan mengulas semula kandungan bahan bacaan berdasarkan pemahaman mereka.
Gambar sepanjang aktiviti program dijalankan.

Aktiviti membaca 15 minit

 
Guru-guru yang terlibat dalam aktiviti membaca

Murid Tahap 1 mengulas semula buku yang dibaca

Murid Tahap 2 mengulas semula buku yang dibaca

Buku skrap Tahun 4 yang dibuat secara berkumpulan

Buku skrap Bahasa Arab

Poem yang bertemakan aiskrim

Bercerita Tahap 1

Bercerita kisah Al Quran


@sksambir2018

Tuesday, 10 April 2018

Majlis Tadarus Quran Sekolah-sekolah (MTQSS)

Pada 05 April 2018 (Khamis), SK Sambir telah menghantar peserta bagi menyertai Majlis Tadarus Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) yang dianjurkan oleh SMK Sadong Jaya. Objektif majlis ini dianjurkan ialah bertujuan untuk mencari bakat pelajar dalam kemahiran Al Quran dan melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi rohani, dan intelek.  Tiga orang murid Tahun 6 telah mengikuti pertandingan untuk kategori perempuan sahaja iaitu:

  • Bercerita kisah Al Quran
  • Hafazan
  • Tilawah Al Quran
Murid-murid yang dipilih menjadi peserta dan guru-guru yang mengiringi mereka adalah:

Guru pengiring
  1. Ustazah Fauziah binti Dee
  2. Ustazah Simai binti Ahmad
*Ustazah Sabariah binti Ahmad (bertugas sebagai hakim)
Peserta
  1. Aina Syahirah binti Hamid
  2. Ainul Zara binti Abdul Aziz
  3. Rabiatul Adawiyah binti Mohtar

Menerus majlis tersebut, SK Sambir mendapat tempat ke-4 daripada 37 penyertaan dalam pertandingan bercerita. Warga SK Sambir mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta dan guru pengiring.



@sksambir2018

Monday, 9 April 2018

Pertandingan Bercerita Tahap 1 2018

Pada 28 Mac 2018 (Rabu) SK Meranek telah menganjurkan Pertandingan Bercerita Tahap 1 yang disertai oleh murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 3 dari 28 buah sekolah rendah di kawasan Samarahan. SK Sambir telah menghantar seorang peserta dari Tahun 3 iaitu Damia Qurratuaini dan diiringi oleh jurulatih/guru pengiring, Cikgu Mohd. Nazrin Saridu.

Menerusi pertandingan tersebut, peserta dinilai dari sudut kefasihan/kelancaran, nilai moral, ekspresi muka, penjiwaan, intonasi suara dan pergerakan tangan. SK Sambir mendapat tempat ke-4 dan menerima hadiah saguhati. Warga SK Sambir mengucapkan tahniah kepada Damia Qurratuaini dan Cikgu Mohd. Nazrin di atas usaha  mereka.

Keputusan akhir pertandingan bercerita bagi Tahap 1 adalah seperti berikut:

  1. SKA Ibnu Khaldun
  2. SK Haji Kelali Semera
  3. SK Endap
  4. SK Sambir


@sksambir2018