Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 4 May 2021

Program Bubur Lambuk SK Sambir 2021

Pada 29 April 2021 bersamaan dengan 17 Ramadan 1442H (Khamis) iaitu pada hari Nuzul Quran, SK Sambir mengadakan  Program Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, diketuai oleh Ustazah Fauziah Dee. Program bermula seawal jam 7:30 pagi, melibatkan semua guru, AKP, guru KAFA dan juga pekerja swasta. 

Pada hari yang sama turut dijalankan program sumbangan keperluan dapur kepada 10 keluarga yang dipilih dan sumbangan diserahkan oleh Guru Besar SK Sambir, Pn. Norlia Tuah, dibantu oleh Penolong Kanan Hem, En. Barawi Leman dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohamad Ali Yusup. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah bacaan tadarus Al Quran oleh murid Tahap 2, mewarna poster dan juga mewarna sampul duit raya. Seterusnya, agihan bubur lambuk serta kurma dijalankan dan program bersurai sebelum tengah hari.

Lampiran gambar:











@sksambir2021

No comments:

Post a Comment