Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 10 May 2021

Majlis Perasmian Kempen Galakan Membaca SK Sambir 2021

Pada 07 Mei 2021 (Jumaat) bersamaan dengan 25 Ramadan 1442H, SK Sambir mengadakan Majlis Perasmian Kempen Galakan Membaca SK Sambir tahun 2021 anjuran Program NILAM yang dikendalikan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Puan Rhamina Austine Tinggie. Majlis ini hanya melibatkan para pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan seorang wakil murid. Majlis ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan dan murid-murid yang lain menyaksikan majlis pelancaran di kelas masing-masing.

Kempen Galakan Membaca merupakan usaha pihak sekolah memupuk budaya membaca di kalangan murid secara berterusan. Majlis bermula pada jam 09:30 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi. 

Untuk video kempen galakan membaca, ia dipecahkan kepada 4 bahagian. Boleh rujuk ke pautan playlist Kempen Galakan Membaca di saluran Youtube SK Sambir Samarahan.

Lampiran Gambar:






Pautan video majlis perasmian di Youtube:


@sksambir2021

No comments:

Post a Comment