Pada 22 April 2021 (Khamis), Program Jom Baca 10 Minit telah berlangsung di SK Sambir dengan jayanya bermula dari jam 11:00 pagi sehingga 11:10 pagi. Ia merupakan usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat dan ia dijalankan secara serentak di seluruh negara.
Program ini salah satu aktiviti kerajaan menjayakan Dekad Membaca Kebangsaan yang menggalakkan budaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia berilmu bertaraf dunia selari dengan slogannya, Malaysia Membaca.
Aktiviti membaca pada hari ini telah disertai semua murid perdana, guru-guru dan kakitangan sekolah.
Lampiran Gambar:
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
@sksambir2021
No comments:
Post a Comment