Pada 18 Julai 2019 (Khamis), SK Sambir telah mengadakan Program Hari Sarawak yang diadakan lebih awal memandangkan 22 Julai merupakan cuti umum di Sarawak. Bertemakan 'Sarawak Negeriku', sambutan di peringkat sekolah ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah memupuk semangat patriotik dan kecintaan terhadap tanah kelahiran sekaligus mendedahkan kepada murid-murid mengenai sejarah Sarawak. Program ini di bawah pengurusan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Faizal Bin Jarawi dan aturcara program adalah seperti berikut:
0800-1000 pagi- Pertandingan mendeklamasikan sajak
1000-1030 pagi- Rehat
1030-1200 pagi- Pertandingan mewarna (Prasekolah dan Tahap 1) dan Pertandingan melukis poster (Tahap 2)
1230 tengah hari- Bersurai
Ahli jawatankuasa program adalah seperti berikut:
Pertandingan mewarna: Cikgu Yaana dan Ustazah Fauziah
Pertandingan melukis poster: Ustazah Simai dan Cikgu Othman
Pertandingan deklamasi sajak: Cikgu Rhamina dan Cikgu Normala
Bahan Pertandingan: Cikgu Cynthia dan Cikgu Normala
Pengacaraan: Cikgu Mohd. Nazrin
PA System: En. Zuraimi
Hadiah: Pn. Nora dan Cikgu Mohamad Ali
Doa/Disiplin Murid: Ustaz Nazrulah
Dokumentasi: Cik Nur Azshieldha
Melalui program ini diharap murid-murid dapat menanamkan rasa cintakan tanah kelahiran dan mengenali sejarah tempatan.
Gambar sepanjang program berlangsung:
Sesi pertandingan deklamasi sajak:
Sesi deklamasi sajak dari wakil guru (persembahan selingan):
Pertandingan mewarna dan melukis poster:
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment